loading...

Thursday, 4 May 2023

"Kami ke sini untuk berlindung, bukan curi pekerjaan,"- Warga Rohingya dakwa orang Malaysia tak sukakan mereka



Sehingga kini, isu melibatkan pendatang asing ke negara kita belum selesai. Kebanjiran pendatang warga asing seperti Rohingya mendapat perhatian pelbagai pihak. Jika sebelum ini banyak dilaporkan aktiviti mengemis dilakukan oleh golongan ini menyebabkan ramai yang mula memandang negatif terhadap mereka.


Apa juga persepi kita terhadap mereka, begitu juga dakwaan mereka terhadap persepsi kita. Menurut laporan Kosmo, warga Rohingya mendakwa rakyat Malaysia tidak sukakan mereka dan anggap diri mereka pengotor. 


Bukan setakat itu sahaja, mereka juga sering terima ugutan, dihalau dari penempatan dan dianggap penjenayah antara kisah sedih terpaksa dihadapi etnik Rohingya yang menumpang hidup di negara ini sejak 45 tahun lalu.


Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (Mehrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, kehadiran golo­ngan itu setelah berpuluh tahun masih tidak boleh diterima baik rakyat tempatan sehingga ada antaranya menganggap mereka golongan berbahaya.


“Hampir semua orang Malaysia tidak sukakan kami, mereka memiliki sifat negatif tanpa ada sebarang cubaan intelektual untuk memahami isu pokok dan masalah yang dihadapi golongan etnik Rohingya.


“Orang Islam Malaysia khususnya tidak sewajarnya melemparkan kebencian kepada kami kerana kita sama-sama Islam, kenapa perlu ada anti-Rohingya dari dulu sehingga ke hari ini. Apa salah kami?” katanya.


Zafar Ahmad memberitahu, golongan berkenaan sering menjadi mangsa kezaliman sejak di Myanmar dan pengalaman itu didakwa turut dirasai mereka di Malaysia.


“Pernah kami dilanggar dan cedera, namun dibiar sahaja tanpa bantuan, dibuang kerja tanpa sebarang pampasan, dilarang buat pelbagai perkara sehingga menyekat rezeki yang kami perlu cari untuk sara keluarga.


“Kadang kala, rakyat tempatan mudah salahkan orang kami kalau sesuatu perkara itu berlaku, mungkin ia dilakukan warga asing lain tetapi kami Rohingya dituduh sebagai orang jahat, penjenayah yang berbahaya.


“Sedangkan kami tidak berbuat apa-apa, hanya mahu hidup dengan tenang untuk cari duit buat keluarga, makan minum di sini sahaja,” jelasnya.


Jelasnya, rakyat tempatan tidak mahu mengenali atau memahami penderitaan di sebalik kisah hidup kami sebagai pela­rian sebaliknya membenci kami tanpa sebab.


Dalam pada itu, Zafar Ahmad merayu agar semua pihak berhenti sebarkan kebencian kepada etnik Rohingya yang hanya me­numpang berlindung dari te­rus ditindas.


“Ramai pelarian menghubungi Mehrom kerana mereka hidup dalam ketakutan akibat gangguan daripada penduduk tempatan. Ini menghalang mereka daripada pergi bekerja.


“Kami memahami terdapat beberapa isu yang perlu dita­ngani tetapi (mengancam) bukanlah cara terbaik kerana ia membawa kepada lebih banyak penyalahgunaan dan gangguan terhadap mereka,” ujarnya.


Katanya, pelarian bukan ancaman, mereka adalah mangsa perang, pembunuhan beramai-ramai dan konflik yang memaksa mereka untuk melarikan diri dari negara sendiri untuk berlindung.


“Kami tidak datang ke Malaysia untuk mencuri pekerjaan penduduk tempatan atau mengambil alih daerah. Kami di sini untuk mendapatkan perlindungan sehingga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian temui penyelesaian untuk kami,” jelasnya.


Sumber : Kosmo! Online



from The Reporter https://ift.tt/6ZFLSbq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/GALC6kF
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...