loading...

Sunday, 31 October 2021

6 resepi air detox semulajadi untuk kuruskan badan tanpa berbelanja lebih


Produk pelangsingan badan tidak asing lagi di pasaran tempatan. Produk tersebut kebiasaannya dibeli oleh individu untuk mendapatkan kesan yang cepat tanpa memikirkan kesan sampingan. Namun begtu, petua tradisional dan semulajadi lebih selamat dan terjamin untuk diamalkan.


RAMAI yang telah sedar untuk kuruskan badan secara semulajadi tanpa perlu bergantung kepada ubat kurus. Dikongsikan enam resepi air detox untuk kuruskan badan agar dapat membantu memberi inspirasi kepada anda untuk kuruskan badan dengan sihat tanpa berbelanja besar.


1. Timun + Limau + Lemon (Detox timun lemon)


Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.


2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren (Detox teh hijau) 


Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.


3. Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren (Detox timun lemon) 


Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.


4. Lemon + Daun Pudina (Detox lemon daun pudina) 


Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan.  


5. Oren + Lemon + Limau Nipis (Detox oren lemon)


Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.


6. Strawberi + Oren +Daun Pudina (Detox strawberry)


Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.


Berikut merupakan cara-cara untuk menghasilkan air detox:

  1. Air masak / mineral 
  2. Potong buah 
  3. Masukan dalam satu bekas/jar
  4. Simpan dalam peti dalam 6 jam sebelum minum. 


Kebaikan air detox sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan dalam air tesebut. Antara lain, air detox sangat bagus untuk individu yang sedang diet, dapat menambahkan metabolism badan serta kulit lebih cantik, muda dan tak berminyak.


Kesimpulannya, selain mengamalkan aktiviti yang sihat, individu juga boleh mengamalkan petua secara semulajadi tanpa mengeluarkan wang yang berlebihan semata-mata ingin tampak menawan. Biar lambat perubahan, asalkan sihat tubuh badan.


Sumber: Nieyla Husna



from The Reporter https://ift.tt/2ZK2Bah
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3w3vycP
via IFTTT

Gadis mengadu dirogol 2 kali, ibunya hanya minta ganti rugi iPhone 11 Pro Max dari teman lelakinya untuk tutup kes


Seorang pelajar perempuan di Indonesia dirogol oleh teman lelaki ibunya. Nasib mangsa bertambah malang apabila ibunya tidak melaporkan kejadian itu kepada polis, sebaliknya meminta dibelikan iPhone 11 Pro Max sebagai ganti rugi. 


Mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapanya. Berang dengan nasib yang menimpa anak perempuannya, lelaki itu terus membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 


Difahamkan, ibu bapa mangsa telah bercerai sejak tiga tahun lalu dan mangsa selalu tinggal bersama dengan ibunya di rumah sewa, di Kecamatan Medan Polonia.


Menurut Pembantu Undang-Undang, Luqman Sulaiman yang mendedahkan kes itu berkata, kejadian itu berlaku pada 2 Ogos 2021 di rumah mangsa yang ketika itu ibunya keluar bekerja.


"Kejadian itu berlaku ketika ibunya keluar bekerja. Disebabkan si ibu dan suspek menjalinkan hubungan, suspek bebas keluar masuk ke dalam rumah itu," katanya. 


Suspek yang masuk ke dalam rumah dikatakan tergoda dengan mangsa yang sedang tidur di dalam bilik, lalu melakukan perbuatan keji itu tanpa diketahui oleh ibu mangsa. 


Mangsa sempat melawan ketika suspek berusaha menodainya, tetapi gagal kerana tidak berdaya melawan suspek yang berbadan besar. Lebih parah lagi, suspek mengulangi perbuatan kejinya itu buat kali kedua pada 20 Ogos 2021. 


Apabila ibu mangsa mengetahui kejadian itu, dia tidak membuat laporan polis. Sebaliknya meminta suspek membelikan telefon bimbit iPhone 11 Pro Max untuk mangsa, sebagai ganti rugi. Tidak tahan dengan kejadian itu, mangsa mengadu kepada bapanya sebelum membuat laporan polis. 


Siasatan awal mendapati, ibu mangsa menghadapi masalah kewangan dan hanya bergantung dengan hasil pendapatannya yang bekerja sebagai pembantu rumah. Selepas mengenali suspek, masalah beban kewangannya semakin berkurangan kerana banyak ditanggung oleh suspek. 


Di kesempatan itu, suspek mengambil peluang untuk keluar masuk ke rumah teman wanitanya itu. 


Kini mangsa tinggal bersama bapanya yang bertegas tidak akan membenarkan anak perempuannya dijaga oleh bekas isteri. 


Sumber: Tribun News



from The Reporter https://ift.tt/3pYDtar
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mwDhgD
via IFTTT

5 'Superman' terciduk kerana menunggang secara berbahaya di lebuhraya


Padah melakukan aksi berbahaya dan berlumba haram di Lebuhraya Seremban - Port Dickson, lima penunggang motosikal ditahan polis semalam. 


Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, lima penunggang terbabit yang ditahan berusia dari 17 hingga 20 tahun pada jam 12.50 tengah hari, setelah suspek pertama melakukan aksi 'superman'. 


Suspek pertama melakukan aksi berbahaya itu di KM 14.1 hingga KM 15.1 arah Port Dickson dan kemudian berhenti di bahu jalan serta menunggang secara melawan arus menghala ke Seremban sejauh tiga kilometer. 


Suspek ditahan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Mambau arah ke Port Dickson. 


Jam 1.15 tengah hari, empat lagi suspek dikesan melakukan aksi yang sama dan bersaing sesama sendiri serta aksi zig-zag dari KM 20.2 hingga KM 18.6 arah ke Seremban, sebelum ditahan di stesen minyak di Mambau, Seremban dan bahu jalan selepas Plaza Tol Mambau, Seremban. 


Kelima-lima suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Daerah Port Dickson dan akan didakwa mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Suspek turut dikenakan 16 saman atas pelbagai kesalahan trafik. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3bwrbhb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3By8KmH
via IFTTT

Remaja 14 tahun dirogol abang kandung sehingga hamil


Seorang remaja perempuan berumur 14 tahun dirogol oleh abang kandungnya sendiri sehingga hamil. Perkara itu terbongkar selepas mangsa disahkan hamil di Hospital Dungun. 


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa terdahulu mengalami sakit perut dan dibawa ke Hospital Dungun pada jam 1.15 pagi Sabtu, 30 Oktober 2021. 


Pemeriksaan kemudian mendapati remaja itu disahkan hamil dan akan bersalin. Namun, bayi di dalam kandungan mangsa lemas sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut. 


"Mangsa dirujuk ke Wad Bersalin HSNZ dan selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan normal. Siasatan awal mendapati mangsa dirogol suspek sejak awal Januari tahun lalu hingga September lalu. 


"Suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3pVqrdY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3EwABpb
via IFTTT

Sunday, 3 October 2021

Remaja tikam tukang urut pedofil 45 kali sampai mati kerana merogol teman wanitanya sejak berusia 15 tahun


Seorang pelajar Rusia didakwa membunuh 'tukang urut pedofil' yang dituduh merogol teman wanitanya ketika dia baru berusia 15 tahun. Lev Maslennikov, 18, membunuh Alexander Krizhanovsky, 30, setelah mengetahui dia merogol kekasihnya sejak tiga tahun lalu. 


Dilaporkan, Maslennikov menikam Krizhanovsky, yang bekerja sebagai tukang urut, sebanyak 45 kali dalam kejadian di St Petersburg pada 25 September, pada hari yang sama Paulina berusia 18 tahun. Maslennikov didakwa membuat akaun media sosial palsu berdasarkan teman wanitanya, yang merangkumi gambarnya. 


Dia berpura-pura menjadi rakan wanitanya dalam media sosial dan menggunakan profil tersebut untuk mengumpan Krizhanovsky keluar bertemu, di mana dia diserang dan dibunuh. Tidak diketahui sama ada Paulina mengetahui rancangan teman lelakinya untuk membunuh Krizhanovsky. 


Lapor media tempatan, Maslennikov dan pasangannya ditahan di lapangan terbang St Petersburg yang ketika itu cuba meninggalkan Rusia ke Armenia, selepas mayat Krizhanovsky ditemui polis pada tiga hari sebelumnya. Polis berkata, Maslennikov mengaku membunuh tukang urut itu sehingga mati dengan menikamnya lebih dari 45 kali. 


Maslennikov merupakan anak kepada ahli astrofizik Rusia terkenal, Dr Kirill Maslennikov, yang kini direman. 


Teman wanitanya memberitahu polis bahawa dia tidak mengetahui rancangan teman lelakinya. Paulina diklasifikasi sebagai saksi kejadian oleh penguatkuasa undang-undang. 


Menurut laporan, mayat Krizhanovsky ditemui oleh pemetik cendawan di hutan berhampiran Vsevolozhsk di wilayah Leningrad. Krizhanovsky bekerja di pusat perkembangan kanak-kanak dan di kem musim panas sebagai tukang urut sebelum kematiannya. 


Jawatankuasa Penyiasat Rusia yang menyiasat jenayah berat di negara itu berkata, "Semasa siasatan, suspek mengaku bersalah dan menjelaskan bahawa pembunuhan itu dilakukan kerana hubungan permusuhan peribadi. Dia akan didakwa tidak lama lagi."


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/3itAaUe
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3moN4nL
via IFTTT

Wanita maut ditikam pasangan sejenis selepas mabuk minum arak cap tikus


Seorang gadis berusia 20 tahun mengaku telah menikam kekasihnya (sama jenis), Okvini Rundengan, 22, sehingga mati di bilik rumah sewa mereka di Kota Manado, Sulawesi, Indonesia pada jam 8.30 malam Rabu, 29 September 2021. 


Siasatan awal polis mendapati, suspek, Margaretha Wane, telah menikam mangsa menggunakan gunting dan suspek mengakui dia tidak sengaja kerana pada ketika itu dia mendakwa mangsa terlebih dahulu mahu menyerangnya menggunakan gunting tersebut. 


Kronologi kejadian berlaku ketika pasangan itu bertengkar semasa sedang menggoreng pisang, kerana mangsa cemburu dan mengesyaki Margaretha dakwanya cuba menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki tulen.


Mangsa sempat keluar dari rumah sewa dan masuk semula lalu menyerang suspek menggunakan tangan dan gunting. Mereka kemudian bergelut dan cuba merampas gunting itu sehingga senjata itu tertusuk di bahagian dada kiri mangsa. 


"Dia terus mengambil gunting dan mahu menyerang saya. Saya takut, saya cuba menarik gunting itu yang kemudian ditarik oleh dia dengan kuat sehingga tertusuk pada dadanya. Saya tidak sengaja," kata Margaretha ketika disoal siasat oleh polis. 


Margaretha turut mengaku pada waktu kejadian, mereka sedang mabuk setelah minum minuman keras cap tikus dan bir Bintang.


Ketua Polis Daerah Urban Wanea, Arie Nayoan turut mengesahkan pengakuan suspek. 


"Awalnya gunting itu dipegang oleh mangsa, lalu berlaku kejadian tarik-menarik dan akhirnya gunting diambil oleh suspek dan tertikam pada dada mangsa," katanya. 


Setelah kejadian itu, mangsa sempat dibawa oleh suspek ke hospital berdekatan sambil dibantu oleh beberapa penyewa lain. Namun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan kerana pendarahan teruk. 


Margaretha mengaku dia sudah menjalinkan hubungan dengan mangsa selama 1 tahun 3 bulan. Margaretha sebagai perempuan dan mangsa sebagai lelaki kerana sering berpenampilan seperti 'tomboy'. Rambutnya pendek dan diwarnakan serta tidak berhias seperti kebanyakan wanita. 


Selama menjalinkan hubungan, mereka kerap berpindah dan menetap di rumah sewa terkini sejak 21 Mac 2021. 


Sumber: Istimewa



from The Reporter https://ift.tt/3mByVUn
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/39Zb9f5
via IFTTT

Pengantin baru desak tetamu bayar RM20.72 kerana makan sepotong kek tambahan


Dalam satu kejadian aneh, seorang tetamu perkahwinan telah mendedahkan yang dia diminta untuk membayar wang tambahan hanya kerana makan sepotong kek tambahan di majlis perkahwinan. Tetamu yang dipercayai berasal dari United Kingdom berkenaan, berkongsi pengalaman anehnya di Reddit dan mengakui terkejut apabila menerima mesej dari pengantin perempuan melalui SMS, beberapa hari selepas majlis perkahwinan. 


Difahamkan, pasangan pengantin baru itu meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari majlis perkahwinan mereka dan mendapati seorang tetamu mengambil sepotong kek tambahan (kek perkahwinan). 


Mereka pada mulanya mengirim video tersebut kepada tetamu terbabit di mana dia dilihat mengambil sepotong kek buat kali kedua. Tetamu yang menerima mesej itu bingung dan menjawab, "Saya tak tahu apa yang kamu cuba sampaikan". 


Mesej itu kemudian dibalas, "Hei, jadi kami melihat video rakaman CCTV dan ternampak kamu mengambil dua potong kek perkahwinan. Untuk maklumkan, kami telah memaklumkan kepada setiap tetamu bahawa mereka perlu membayar untuk sepotong kek dan kamu hanya membayar untuk sepotong kek sahaja. Bolehkah kamu bayar RM20.72 segera?" 



Di media sosial, netizen bagaikan tidak percaya dengan insiden yang menimpa tetamu berkenaan tetapi merasakan perkara itu melucukan dan mempertikaikan tindakan pasangan pengantin yang menghabiskan banyak masa untuk meneliti video rakaman CCTV berbanding menikmati bulan madu mereka. 


"Gilalah minta tetamu bayar untuk sepotong kek tambahan, apa lagi meneliti video rakaman CCTV dan meminta tetamu membayar dengan harga RM20.72 dengan kadar segera! Mereka ni tak ada perasaan malu ke?" kata netizen. 


Sumber: India.com



from The Reporter https://ift.tt/3it23M7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3FfvB9V
via IFTTT

Pengantin caj RM1,000 untuk tetamu yang gagal hadir ke makan malam majlis perkahwinan


Penganjuran majlis perkahwinan boleh menelan kos ribuan ringgit dan begitu juga penyediaan makanan untuk para tetamu dan persiapan lain bagi menyempurnakan majlis tersebut. 


Dalam satu majlis perkahwinan, sepasang suami isteri yang baru berkahwin mengambil keputusan yang unik untuk menanggung kos makan malam majlis perkahwinan mereka. 


Bagi mendapatkan semula kos makan malam perkahwinan, pengantin perempuan telah membuat invois khas dan mengirimkannya kepada tetamu yang gagal hadir serta meminta mereka membayar RM1,000. 


Gambar invois itu dikongsikan di Twitter oleh seorang pengguna bernama Philip Lewis, editor kanan tabloid Huffington Post pada Ogos lalu. Philip berkata, "Saya rasa saya tidak pernah melihat invois resepsi perkahwinan sebelum ini."


Invois tersebut menunjukkan maklumat bahawa majlis perkahwinan itu berlangsung di Royalton Negril, sebuah resort di Jamaica. Turut dinyatakan dalam bil tersebut, "Tetamu tidak menghadirkan diri". Selain itu, bil turut menyebut harga makan malam bagi seorang tetamu berjumlah RM500. Disebabkan dua tetamu tidak hadir, jumlah keseluruhannya adalah RM1,000. Dua tetamu terbabit diminta membuat pembayaran itu dalam tempoh sebulan. 



"Invois ini dihantar kepada anda kerana anda telah mengesahkan kehadiran dan tempat duduk di majlis perkahwinan. Amaun di atas adalah kos per individu. 


Disebabkan anda tidak menghubungi atau memaklumkan kepada kami bahawa anda tidak dapat hadir, jumlah ini perlu dibayar. Anda boleh membuat pembayaran melalui Zelle atau PayPal. Sila hubungi kami dan maklumkan kaedah pembayaran yang sesuai untuk anda. Terima kasih!" 


Sumber: India.com



from The Reporter https://ift.tt/3l4mqkr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3a1nhME
via IFTTT

Saturday, 2 October 2021

'Kenapa kacau anak aku?!' - Anak bongsu kerap bercakap sendiri sejak masuk homestay


Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca. 


KISAH BENAR dari penceritaan kawan aku di sebuah homestay di Melaka. 


Kawan aku ni angkut family dia menyewa di sebuah homestay di Melaka. Aku tak boleh sebut kat mana sebab tempat yang diorang stay tu member aku yang lain punya homestay. Kira sewa atas kawan, maka dapatlah harga murah sikit. Lagi pula cuti sekolah. Kalau aku sebut, nanti terjumpa, lebam biji mata dah jadi Drakula pakai spek di siang hari. 


Diorang sampai ke homestay itu pada waktu petang. Saja je nak sampai waktu petang sebab boleh lepak homestay terus. Jadi tak payah keluar dulu. Budak bukan faham, yang diorang tahu bila dah sampai maknanya kena enjoy. "Kita enjoy dulu!


Anak dia ada dua yang dah besar, darjah lima dan yang kecil darjah satu. Baru pandai menulis sikit. Banyak mewarna dari menulis. Selain dari budak-budak dan mak bapa, adik ipar pun ikut sekali. Kira bawa maid lah. Malam itu tiada apa-apa yang berlaku dan diorang pun selesa. Selalunya cerita hantu, rumah mesti buruk dan horror. Tetapi rumah itu okay, bilik semua cantik dan kemas. Mungkin pemiliknya memang rajin datang (bersihkan). Dah nama homestay, bukan rumah hantu Kota Melaka kan? Diorang tidur awal sebab dah janji nak bangun awal. 


'DUDUK DALAM RUMAH, TAK BOLEH IKUT!'


Keesokan harinya, anak dia pagi-pagi dah menangis. Bila ditanya kenapa, dia kata kenapa si kakak kejutkan? Bila cakap tak ada, dia kata kakak kejutkan sampai dia terjatuh dari katil. Mak ayah dia fikir mungkin anaknya mengigau. Biasalah budak-budak. 


Selepas itu, mereka pergi ke zoo, taman tema, pergi makan-makan. Kawan aku ni ada bapa saudara juga, kiranya boleh melawatlah sebab bapa saudara dia tinggal tak jauh dari homestay itu. 


Malam itu, bermulalah gangguan. Yang kena paling awal adalah anak bongsu dia. Budak dah sekolah, mesti dah boleh fikir kan? Tapi sayangnya, mak dan ayah dia tak percaya. 


Sebelum terlupa, anak dia ni duduk dengan keluarga mentua kawan aku. Isteri dia kerja sebagai guru di Sabah. Kawan aku pula di semenanjung. Jadi bila tiba musim cuti sekolah, barulah dapat kumpul anak beranak. Anak bongsu dia ada hobi suka bercakap seorang diri, dari mula dia pandai bercakap sampai dah sekolah. Orang tak berapa nak bela anak sangat, jadi karekter anak tak berapa jelas. 



Selang dua tiga hari kemudian, si adik ni dah macam pelik. Sikit-sikit dia geleng kepala. Kemudian dia cakap:


"Tak boleh, nanti papa marah. Dah malam"


Diorang pandang juga, kenapa dengan budak ni? Lebih kroniknya bila nak keluar rumah, si adik bongsu tu boleh cakap:


"Duduk dalam rumah, tak boleh ikut. Kereta kecil, tak muat. Kejap lagi balik."


Rasa cuak juga mak bapanya. Masa tengah makan, tanya adik bercakap dengan siapa? Dia geleng kepala dan kejap-kejap dia memandang ke arah kereta. Agaknya pening bila asyik ditanya. 


"Tak boleh beritahu, 'dia' ada kat sini". 


Kawan aku dalam fikiran dia, "Ahhhh! Mengarut!" 



Malam itu, adik ipar member aku temankan budak-budak itu tidur. Sekitar jam 2-3 pagi, dia ternampak ada dua orang budak berdiri di depan pintu bilik. Masa di alam mamai, dia fikir mungkin anak-anak buah dia ke tandas. Tapi 'diorang' hanya berdiri di depan pintu dan tiba-tiba si adik bongsu bersuara. 


"Adik nak main, adik nak main, tunggulah kejap"


Masa tu si ipar ni dah cuak gila. Menambahkan kecuakkannya itu, 'dua budak' itu terapung dan kakinya tak jejak tanah. Lampu dapur sengaja dibuka, senang kalau anak-anak member aku nak pergi ke tandas. Dengan cahaya lampu itu, si ipar nampak dengan jelas 'mereka' tak ada kaki. Si adik ni terpisat-pisat nak bangun, terus si ipar merentap tangan dia. Kejut sekali si kakak sambil menjerit-jerit membaca apa yang patut. Si adik pula ketawa-ketawa dan melambai ke arah 'mereka'. Pagi tu juga, kecoh pasal hantu. 


Ayah: "Siapa diorang tu?".


Anak Bongsu: "Anak yatim piatu"


Ayah: "Kenapa diorang ajak main, adik ikut?"


Anak Bongsu: "Kakak jahat, selalu tak layan adik." 


Anaknya kata kawan baru tu cakap, kakak sebenarnya tak suka adik. Dia sebenarnya tak suka adik manja dengan Tok Wan. 


Ayah: "Kawan adik duduk sini ke?" 


Anak Bongsu: Geleng kepala.. "Dia duduk kat belakang tu" sambil tunjuk ke arah dapur belakang. 


Kawan aku pun tak tidur sampai siang, nak tunggu pemilik homestay datang. Rumah itu harga sewaannya RM180 semalam. Ambil pula seminggu ditambah dengan deposit lagi. Tunggu punya tunggu, hari dah siang. Pemilik homestay yang merupakan kawan ayah aku juga akhirnya datang. Kitorang panggil dia Ayah Ku. 


Ayah Ku macam peliklah juga sebab dia kata tak pernah ada kes seperti ini. Ada juga yang pernah menyewa bawa keluarga tetapi belum ada lagi terkena gangguan. Rumah yang diorang duduk itu dulu rumah kampung milik arwah ayah kepada Ayah Ku. Kemudian dirobohkan untuk buat rumah batu sebelum dijadikan sebagai homestay sebab anak-anak dan dia sendiri dah ada rumah lain. 


JAM, DOMPET, HANDPHONE & KUNCI KERETA HILANG


Jadi kawan aku ceritakan tentang apa yang berlaku dan penampakan 'dua budak misteri' itu. Ayah Ku pun tak tahu. Atas perbincangan sesama mereka, duit deposit dipulangkan dan diorang duduk di rumah bapa saudara sebelum balik semula ke Kuala Lumpur. 


Hari yang sama, diorang mengemas untuk check out. Tiba-tiba kawan aku perasan jam dan dompet dia hilang. Puas dicari sana sini tetapi tak dapat ditemui. Yang si ipar pula kehilangan telefon bimbitnya yang ketika itu sedang dicas.


Keadaan menjadi kecoh semula. Si adik pula duduk di penjuru rumah menangis-nangis cakap, "Ayah, mama, kakak, semua tak sayang adik. Adik nak mati." 



Kawan aku dah tak peduli, isteri dia saja yang cuba memujuk anak bongsunya. Tetapi disebabkan kecoh dompet yang baru tak sampai setengah jam letak di atas meja kecil dalam bilik hilang, dengan telefon bimbit pun hilang, bila call nombor telefon, langsung tak ada bunyi, keadaan menjadi semakin tegang. Kawan aku dah mula nak menuduh Ayah Ku pula. 


Tetapi bila difikirkan semula, macam mana Ayah Ku boleh curi? Orang tua itu tak masuk ke bilik adik ipar pun. Datang masuk ke rumah, dia hanya duduk di sofa. Masa nak serahkan duit pun, kunci rumah belum diserahkan lagi. Cuma berjanji petang nanti dia akan hantar ke rumah. Ah sudah! Otak kawan aku terfikir sesuatu, kunci kereta. Rupa-rupanya kunci kereta pun hilang. 


'HA'AH, 'DIORANG' YANG AMBIL'


Rancangan diorang nak tinggal sementara di rumah bapa saudara tergendala. Semua sibuk mencari barang yang hilang. Kawan aku call bapa saudara dia untuk datang ke homestay. Memandangkan bapa saudaranya sedang bekerja, dia suruh tunggu sampai dia habis syif. Dalam masa yang sama, diorang tanya si adik bongsu mana pergi barang-barang yang hilang itu. Budak itu lagilah mengamuk dan meraung-raung macam orang tuduh dia. 


Semua menahan sabar dan menunggu bapa saudara sampai ke homestay. Tunggu punya tunggu sampai dah ke petang, call semula Ayah Ku dan ceritakan tentang barang yang hilang. Ayah Ku pun datang petang itu juga dan sama-sama tolong cari.


Disebabkan dah petang dan ditambah dengan perut lapar, isteri kawan aku hulur duit kepada Ayah Ku dan minta tolong belikan makanan. Ayah Ku pun keluar. Yang si adik ini macam orang tak berapa nak hiraukan dia sebab dia bising dan memekak cakap seorang diri. Kawan aku tanya anak bongsu dia, 


"Adik, kawan adik yang ambil ke?! Kalau tak cakap, adik tinggal kat sini dan tak payah balik ke rumah Tok Wan!" 


Anak bongsu dia mula-mula menggeleng kepala. Bila kena sergah dan ugutan bagai, barulah dia bersuara. 


"Ha'ah, 'diorang' yang ambil," katanya. 


"Kenapa masa ayah cari tadi tak beritahu?!" bentak si ayah. 


Anak dia terus bangun dan kata, "Adik anak angkat! Semua orang tak sayang adik!" 


Terkesima kawan aku. Tapi apa yang dikatakannya itu tidak betul, anak dia anak kandung. Pandai pula 'benda' itu menghasut. Kawan aku dah rasa lain macam sebab anak dia tak pernah cakap seperti itu. Dia kunci jeriji besi di pintu utama kerana bimbang anak dia lari. 


Malam itu bapa saudaranya datang termasuk Ayah Ku. Bapa saudara kawan aku ini dipanggil sebagai Pak Andak. Dulu dia pernah belajar silat, kira pangkat senior. Dia boleh tolong juga dalam hal seperti ini. Kawan aku cerita, dulu Pak Andak siap bertapa bagai dalam gua untuk memantapkan ilmu dia. 


'KENAPA KACAU ANAK AKU?!'


Apabila Pak Andak sampai, terus dia cakap ada budak lain yang sedang menghimpit si anak bongsu. Budak-budak itu berusia dalam lingkungan 7 ke 8 tahun, tak ada muka. Pak Andak duduk di sebelah adik sambil pujuk-pujuk nak suap makan. Anak kawan aku langsung tak nak makan. Macam protes ke apa, entahlah. 


"Kenapa kacau adik? Jangan kacau dia, dia ada mak ayah lagi. Pergilah balik," kata Pak Andak.


Si adik tiba-tiba menangis dan kemudian berdiri. kawan aku cepat-cepat peluk anak dia yang telah dirasuk. 



"Aku dah duduk lama kat rumah ini. Dari zaman ayah kepada ayah kau!" balas si adik dengan matanya terpejam sambil menuding jari kepada Ayah Ku. 


"Selepas rumah dirobohkan, kami berpindah ke tali air itu. Aku adalah kanak-kanak yang hilang di era 60-an dan langsung tidak dijumpai. Mati lemas. Dulu tali air itu sungai, kemudian ditambak sekitar pertengahan 90-an," jawab benda yang merasuk si adik. 


Kawan aku pun bertanya, "Kenapa kacau anak aku?" 


Pertanyaan itu membuatkan 'benda' itu ketawa dan berkata, "Sebab anak kau yang terpilih," sambil ketawa. 


Rumah menjadi gelap gelita, barang-barang jatuh dengan sendiri. Pak Andak mula membaca apa yang patut dan azan tengah rumah. Ayah Ku memang dah pucat lesi. Dengar pula suara menjerit-jerit, ketawa dan mengamuk pada permulaan suara kanak-kanak sebelum berubah menjadi suara lelaki yang garau memaki hamun dalam bahasa yang tidak difahami. 


Pak Andak kata, jin itu menyerupai kanak-kanak untuk perangkap anak kawan aku. Sebenarnya dia adalah jin belaan yang tidak bertuan dan telah memilih sebab hanya anaknya yang dapat melihat mereka. Benda itu juga mahu menjadi pendamping tetapi anak kawan aku masih belum beri kata putus sama ada nak berkawan atau tidak. Jadi benda itu menghasut si adik supaya benci terhadap kakak,dia dan keluarganya agar si adik dapat diambil untuk dijadikan sebagai kawan. 


Disebabkan itu juga mereka sorokkan barang-barang yang hilang itu tadi supaya anak kawan aku ini tadi tak ikut sekali. Budak kecil kan? Jin terdesak namanya. Ayah Ku hanya mendiamkan diri, dia sendiri pun tidak menyangka. 


TIBA-TIBA RUMAH JADI GELAP GELITA


Pak Andak keluar mengutip batu beberapa biji dan dilemparkan ke dalam rumah itu di beberapa penjuru. Batu itu ditekan sedikit ke dalam tanah di kawasan belakang dan depan. Isteri kawan aku, anak sulungnya dan ipar terus terkunci mulut. Mungkin terkejut sangat. Barang-barang yang hilang tadi akan dicari pada keesokan hari. 


Si adik selepas diseram dengan air oleh Pak Andak, terus tersedar. Rumah yang tadi seperti dilanda ribut dan gelap gelita, kini sudah kembali terang. Tiada barangan yang jatuh. Semua berada di luar dan menumpang kereta Pak Andak untuk pergi bermalam di rumahnya. Semangat adik dipulihkan pada malam itu juga dan diikat dengan tangkal supaya dua ekor jin itu tidak datang dekat dengannya lagi.


Keesokan paginya, diorang kembali lagi untuk mencari barang yang hilang. Semua barang-barang itu rupanya telah dicampak ke belakang rumah berdekatan dengan tali air. Telefon bimbit memang dah 'selamat' dalam air dan tak dapat diselamatkan. Percutian diorang kali ini memang terjejas. Diorang segera masukkan barang-barang dalam bonet. 


Semasa berada di dalam kereta, si adik selamba berkata,


"Adik nak main tapi dah tak boleh (sebab) nak balik. Tak boleh ikut, kereta sempit. Jumpa lain kali saja," katanya. 


"Tak ada lain kali!" kata si ayah. 


Ayah Ku ada cerita, mungkin dua ekor jin itu milik arwah datuknya. Tetapi arwah ayah dia tak nak ambil lalu dicampakkan ke sungai. Jadi benda itu menunggu dan menunggu siapa yang boleh dijadikan tuan. 


Memandangkan homestay itu baru dibuka dua tahun lalu, rumah itu telah 'dipagar' agar benda itu tak boleh masuk. Namun, ada penyewa yang sudah melanggar kerana yang datang  menyewa di situ adalah keluarga Cina sebelum kawan aku pula datang bercuti di situ. 


Ayah Ku minta maaf berkali-kali pada kawan aku. Aku ada juga bertanya kepada kawan aku, apa dah jadi dengan rumah itu sekarang? Kawan aku kata, rumah itu okay tetapi tak tahu sejauh mana kebenarannya. 


Sumber: Rafiz28



from The Reporter https://ift.tt/3B8K5Wv
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3l16cIU
via IFTTT

Suami bakar isteri & anak tiri kerana bengang mangsa enggan lakukan hubungan intim 5 kali sehari


Seorang lelaki nekad membakar isteri, 13, dan anak tirinya, 17, di Desa Tanjung Rejo, Daerah Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia pada Rabu 29 September 2021. 


Polis Probolinggo berkata, suspek, Adi Susanto, 31, telah ditahan dan kini dalam proses untuk didakwa di bawah Akta Kekerasan Dalam Rumah Tangga dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak serta bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun.


Difahamkan, pasangan itu baru mendirikan rumah tangga sejak tujuh bulan lalu. Adi sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tujuh kali, manakala mangsa juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak lima kali. 


Bapa suspek, Suhar, 70, anak dan menantunya selalu bertengkar kebelakangan ini walaupun telah dinasihatkan mereka berkali-kali. 


"Saya nasihatkan Adi agar jangan selalu bertengkar kerana malu kepada jiran tetangga. Saya juga menegur anak saya untuk tidak selalu keluar tanpa keizinan suami. Kali terakhir dia keluar rumah sampai tak pulang selama tiga hari," katanya. 


Kronologi kes bermula apabila mangsa pergi melakukan pemeriksaan kandungannya di salah satu bidan di kampung walaupun tidak diizinkan oleh Adi. Apabila Adi pulang ke rumah, dia tidak menemui isterinya lalu pergi ke rumah mentuanya untuk mencari keberadaan isterinya. Sampai di rumah mentua, isterinya juga tiada dan mentuanya berkata isteri Adi sudah pulang ke rumah.


Dalam perjalanan pulang, Adi terserempak dengan isterinya di pertengahan jalan dan berlaku pertengkaran di antara mereka. Adi bengang sebaik ternampak isterinya sudah membawa beg berisi pakaian lalu pergi membeli petrol untuk membakar dua beranak itu. 


Sementara itu menurut mangsa, mereka kerap bertengkar kerana dia enggan melayani kehendak suaminya untuk melakukan hubungan intim sehingga lima kali sehari. Mangsa pernah menolak keinginan suaminya menyebabkan Adi marah lalu bertengkar. Malah Adi mengaku cemburu dan yakin isterinya berlaku curang. 


Hal itu menyebabkan mangsa berasa kecewa dan terus mengemas pakaian untuk pulang ke rumah ibu bapa, bersama dengan anaknya. 


Sebaik saja pasangan itu terserempak di pertengahan jalan, mereka bertengkar dan Adi menyimbah petrol ke badan isteri dan anak tirinya sebelum dibakar. Orang awam yang menyaksikan kejadian itu terus datang membantu memadamkan api yang membakar kedua-dua mangsa menggunakan pasir yang dicampur dengan air. 


Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami luka terbakar hampir 80 peratus, sementara anaknya mengalami luka di bahagian kaki. Motosikal yang dinaiki dua beranak itu turut hangus terbakar. 


Kedua-dua mangsa sedang menjalani rawatan di Hospital Grati Pasuruan yang berdekatan dengan rumah orang tua mangsa. 


Sumber: Media Indonesia



from The Reporter https://ift.tt/3DafkBf
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mbE2dm
via IFTTT

Ahli politik tawar RM354,001 untuk beli nombor telefon disiarkan dalam Squid Game


Nombor telefon yang boleh dihubungi dalam drama bersiri Netflix, 'Squid Game' yang viral di media sosial beberapa minggu lalu sehingga kini masih menjadi perbualan hangat. 


Selepas pemilik nombor berkenaan mengaku kehidupannya terganggu kerana telefonnya menerima banyak panggilan dan mesej setiap hari tanpa mengira jam, kini nombor tersebut dilaporkan menjadi bahan politik di Korea Selatan. 


Tidak mahu ketinggalan, seorang ahli politik di negara itu juga mengikuti perkembangan hal itu dan menawarkan diri untuk membeli nombor tersebut. 


Huh Kyung-young, ahli politik yang diketahui bakal menjadi calon Presiden Korea Selatan menawarkan diri untuk membeli nombor tersebut dengan harga 100 juta won atau RM354,001. 


Kyung-young yang merupakan ketua Parti Revolusi Nasional, memuat naik tawaran itu di akaun Facebooknya selepas terbaca mengenai berita keluhan pemilik nombor telefon itu. 


"Saya dengar pemilik nombor telefon yang ditunjukkan dalam drama bersiri Squid Game mengalami gangguan serius dari panggilan orang tidak dikenali. Saya ingin membeli nombor itu dengan harga 100 juta won," tulisnya di Facebook. 


Bagaimanapun, tawarannya itu sehingga kini masih belum mendapat respon dari pemilik nombor tersebut. 


Kyung-young terkenal sebagai tokoh politik yang mengambil pendekatan eksentrik dalam menjalankan kempen politiknya. Dia pernah menaburkan janji untuk memberi dana 100 juta won atau RM354,001 dan dividen bulanan 1.5 juta won atau RM5,310 kepada semua orang dewasa. 


Sementara itu mengenai nombor telefon yang digunakan dalam 'Squid Game', Netflix dan produksi drama tersebut, Siren Pictures, masih belum memberi sebarang komen rasmi mengenai perkara itu. Namun pihak berkenaan berjanji akan segera menyelesaikan masalah tersebut. 


Sekiranya 'Squid Game' terbukti cuai dalam berkongsi maklumat peribadi orang lain tanpa izin, Netflix boleh didenda 50 juta won atau RM117,001.  



from The Reporter https://ift.tt/2Y3PU93
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3oqAt5X
via IFTTT

Photographer delete semua gambar pengantin sebab tak diberi makan


Seorang jurugrambar yang tidak didedahkan identitinya viral di media sosial setelah berkongsi cerita bagaimana dia membuang semua gambar perkahwinan rakannya di majlis perkahwinan kerana tidak diberi makan. 


Berkongsi cerita di Reddit, jurugambar itu berkata dia bekerja sebagai pendandan anjing dan selalu mengambil gambar anjing pelanggannya dan dikongsikan di Facebook atau Instagram. Dia kemudian dihubungi oleh rakan yang meminta dia mengambil gambar perkahwinan. 


"Saya menjelaskan kepada dia bahawa itu bukan kepakaran saya, tetapi dia menyakinkan saya dengan mengatakan dia tidak peduli itu semua asalkan gambar yang diambil itu sempurna," katanya. 


Setelah berbincang, akhirnya dia bersetuju untuk menjadi jurugambar di majlis perkahwinan rakannya. Tetapi persetujuan itu tidak berjalan dengan lancar berpunca dari sikap rakannya yang bertindak di luar batasan. 


"Saya mula mengambil gambar dari jam 11 pagi dan selesai kira-kira jam 7.30 petang. Kira-kira jam 5 petang, makanan dihidangkan dan saya diberitahu bahawa saya tidak boleh berhenti untuk makan kerana saya perlu menjadi jurugambar. Mereka juga tidak menyediakan tempat untuk saya di meja makan pun. 


"Saya dah mula keletihan dan pada waktu itu juga terbit rasa menyesal menerima permintaan rakan saya ini. Selain itu, cuaca di luar yang begitu panas dan tiada penghawa dingin," katanya. 


Jurugambar itu cuba meminta untuk berehat dan makan, tetapi respon yang diterima amatlah tidak disangkakan. 


"Saya memberitahu pengantin lelaki yang saya perlu berehat selama 20 minit untuk mendapatkan sesuatu untuk dimakan dan diminum. Dia memberitahu saya yang saya perlu terus melakukan kerja-kerja jurugambar atau pergi tanpa dibayar," katanya. 


Kesal dengan sikap zalim rakannya itu, dia kemudian memadamkan semua gambar-gambar yang diambil pada majlis tersebut di hadapan pengantin lelaki sebelum beredar.



from The Reporter https://ift.tt/3A2SU2E
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3uwvwtg
via IFTTT

'Sekali lagi saya digugurkan dari job kerana SOP MKN' - Rita Rudaini kesal namanya digugurkan dari job yang dah lama confirm


Awal September 2021, pelakon sensasi Rita Rudaini mendedahkan dia tidak kisah sekiranya namanya digugurkan daripada terlibat dengan mana-mana naskhah drama walaupun drama 100 episod gara-gara berstatus tanpa vaksin Covid-19. 


Rita yang sentiasa bersangka baik ke atas apa yang berlaku juga percaya bahawa rezekinya ditentukan oleh Allah SWT. 


Namun baru-baru ini, Rita melalui Instagram meluahkan perasaan kesalnya apabila namanya sekali lagi digugurkan hanya kerana prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang didakwa mendiskriminasikan dia yang berstatus tanpa vaksin Covid-19. 


"Sekali lagi, saya digugurkan dari job yang sudah lama confirm hanya kerana 'SOP MKN'. SOP diskriminasi, kenapa perlu ada swabtest lagi bila nak bekerja kalau dah vaksin? Sama saja dengan SOP sebelum sampainya vaksin ini. Semua patuh SOP kena swabtest dulu sebelum kerja. Jadi, apa bezanya dengan sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke yang (dah lengkap) vaksin pun boleh jadi pembawa? Apa bezanya? 


"Okay, bezanya memang nak 'paksa' walaupun kata 'tak wajib'. Bezanya sekarang Malaysia negara diskriminasi. Kepada FINAS, tahniah korang memang buat 'kerja' dari dulu hingga sekarang. Tolong anak-anak seni dalam kesusahan dan macam-macma lagilah. 


"Ada pihak tawarkan kepada saya vaksin tipu-tipu untuk mudahkan bekerja. Tetapi maaflah, saya mencari rezeki dengan ikhlas, tak perlu nak tipu diri sendiri dan orang lain hanya untuk puaskan SOP kerajaan kerana rezeki kita semua makhluk di muka bumi ini, Allah SWT yang pegang," katanya. 


Selain itu, Rita juga menganggap apa yang berlaku mungkin merupakan satu ujian kesabaran buat dirinya sama ada dia mampu atau tidak mengharungi ketentuan itu. 


Bercakap mengenai soal rezeki, Rita berkata dia selama ini tidak pernah berkira dengan mana-mana stesen TV atau produksi. Malah kerap memudahkan kerja orang lain dan tidak membuat sebarang tuntutan bagi hal-hal remeh kerana konsep amal jariah yang diamalkannya. 


"Saya tidak pernah berkira dengan stesen TV atau produksi untuk promote cerita hingga selesai walaupun tanpa bayaran. Kenapa time promote tak ada diskriminasi? Saya buat juga untuk memudahkan kerja orang lain. 


"Sejak dari awal dulu saya berlakon, saya tidak pernah claim duit tol atau mintak atau parking sebab saya jadikan itu amal jariah saya, prinsip saya, kerja dengan ikhlas dan amanah walaupun sikit atau banyak. Jangan berkira sebab rezeki semua dah ada bahagian masing-masing," katanya. 



Sumber: Instagram Rita Rudaini



from The Reporter https://ift.tt/3D6q2ss
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3ml27hY
via IFTTT

Individu tak lengkap vaksin, tak boleh makan di kedai


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan, hanya pelanggan yang telah mendapat suntikan vaksin Covid-19 lengkap atau sepenuhnya dibenarkan makan di kedai atau restoran. Penguatkuasaan peraturan itu dikuatkuasakan tanpa mengambil kira status sesebuah negeri itu (terpakai pada semua fasa). 


Walaupun Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum mengumumkan peraturan tersebut dalam prosedur operasi standard (SOP) terkini, satu kenyataan rasmi mengenainya akan dibuat tidak lama lagi. 


"Keperluan vaksinasi lengkap untuk dine-in KEKAL bagi semua fasa pemulihan. Peraturan yang dikeluarkan oleh @MKNJPM tidak dikemaskini. Dine-in privileges for all recovery phases only for those fully vaccinated. Kenyataan rasmi akan menyusuli," tulisnya di Twitter semalam. 


Sementara itu, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata, syarat tersebut bukan hanya terpakai untuk pelanggan yang mahu makan di kedai/restoran, tetapi kabinet juga telah bersetuju agar kemudahan yang ada ditetapkan tertakluk kepada vaksinasi lengkal kekal dan ia berkuat kuasa di seluruh negara. 


"MKN telah diarahkan agar segera mengemaskini peraturan dan SOP berkaitan dan ia mesti dipatuhi sepenuhnya semua pihak demi perangi #Covid19," tulisnya di Twitter. 


Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin, Hishammuddin.



from The Reporter https://ift.tt/3onuZsN
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3D6615b
via IFTTT
loading...