Seorang lelaki nekad membakar isteri, 13, dan anak tirinya, 17, di Desa Tanjung Rejo, Daerah Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia pada Rabu 29 September 2021.
Polis Probolinggo berkata, suspek, Adi Susanto, 31, telah ditahan dan kini dalam proses untuk didakwa di bawah Akta Kekerasan Dalam Rumah Tangga dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak serta bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun.
Difahamkan, pasangan itu baru mendirikan rumah tangga sejak tujuh bulan lalu. Adi sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tujuh kali, manakala mangsa juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak lima kali.
Bapa suspek, Suhar, 70, anak dan menantunya selalu bertengkar kebelakangan ini walaupun telah dinasihatkan mereka berkali-kali.
"Saya nasihatkan Adi agar jangan selalu bertengkar kerana malu kepada jiran tetangga. Saya juga menegur anak saya untuk tidak selalu keluar tanpa keizinan suami. Kali terakhir dia keluar rumah sampai tak pulang selama tiga hari," katanya.
Kronologi kes bermula apabila mangsa pergi melakukan pemeriksaan kandungannya di salah satu bidan di kampung walaupun tidak diizinkan oleh Adi. Apabila Adi pulang ke rumah, dia tidak menemui isterinya lalu pergi ke rumah mentuanya untuk mencari keberadaan isterinya. Sampai di rumah mentua, isterinya juga tiada dan mentuanya berkata isteri Adi sudah pulang ke rumah.
Dalam perjalanan pulang, Adi terserempak dengan isterinya di pertengahan jalan dan berlaku pertengkaran di antara mereka. Adi bengang sebaik ternampak isterinya sudah membawa beg berisi pakaian lalu pergi membeli petrol untuk membakar dua beranak itu.
Sementara itu menurut mangsa, mereka kerap bertengkar kerana dia enggan melayani kehendak suaminya untuk melakukan hubungan intim sehingga lima kali sehari. Mangsa pernah menolak keinginan suaminya menyebabkan Adi marah lalu bertengkar. Malah Adi mengaku cemburu dan yakin isterinya berlaku curang.
Hal itu menyebabkan mangsa berasa kecewa dan terus mengemas pakaian untuk pulang ke rumah ibu bapa, bersama dengan anaknya.
Sebaik saja pasangan itu terserempak di pertengahan jalan, mereka bertengkar dan Adi menyimbah petrol ke badan isteri dan anak tirinya sebelum dibakar. Orang awam yang menyaksikan kejadian itu terus datang membantu memadamkan api yang membakar kedua-dua mangsa menggunakan pasir yang dicampur dengan air.
Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami luka terbakar hampir 80 peratus, sementara anaknya mengalami luka di bahagian kaki. Motosikal yang dinaiki dua beranak itu turut hangus terbakar.
Kedua-dua mangsa sedang menjalani rawatan di Hospital Grati Pasuruan yang berdekatan dengan rumah orang tua mangsa.
Sumber: Media Indonesia
from The Reporter https://ift.tt/3DafkBf
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mbE2dm
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment