loading...

Saturday, 2 October 2021

Photographer delete semua gambar pengantin sebab tak diberi makan


Seorang jurugrambar yang tidak didedahkan identitinya viral di media sosial setelah berkongsi cerita bagaimana dia membuang semua gambar perkahwinan rakannya di majlis perkahwinan kerana tidak diberi makan. 


Berkongsi cerita di Reddit, jurugambar itu berkata dia bekerja sebagai pendandan anjing dan selalu mengambil gambar anjing pelanggannya dan dikongsikan di Facebook atau Instagram. Dia kemudian dihubungi oleh rakan yang meminta dia mengambil gambar perkahwinan. 


"Saya menjelaskan kepada dia bahawa itu bukan kepakaran saya, tetapi dia menyakinkan saya dengan mengatakan dia tidak peduli itu semua asalkan gambar yang diambil itu sempurna," katanya. 


Setelah berbincang, akhirnya dia bersetuju untuk menjadi jurugambar di majlis perkahwinan rakannya. Tetapi persetujuan itu tidak berjalan dengan lancar berpunca dari sikap rakannya yang bertindak di luar batasan. 


"Saya mula mengambil gambar dari jam 11 pagi dan selesai kira-kira jam 7.30 petang. Kira-kira jam 5 petang, makanan dihidangkan dan saya diberitahu bahawa saya tidak boleh berhenti untuk makan kerana saya perlu menjadi jurugambar. Mereka juga tidak menyediakan tempat untuk saya di meja makan pun. 


"Saya dah mula keletihan dan pada waktu itu juga terbit rasa menyesal menerima permintaan rakan saya ini. Selain itu, cuaca di luar yang begitu panas dan tiada penghawa dingin," katanya. 


Jurugambar itu cuba meminta untuk berehat dan makan, tetapi respon yang diterima amatlah tidak disangkakan. 


"Saya memberitahu pengantin lelaki yang saya perlu berehat selama 20 minit untuk mendapatkan sesuatu untuk dimakan dan diminum. Dia memberitahu saya yang saya perlu terus melakukan kerja-kerja jurugambar atau pergi tanpa dibayar," katanya. 


Kesal dengan sikap zalim rakannya itu, dia kemudian memadamkan semua gambar-gambar yang diambil pada majlis tersebut di hadapan pengantin lelaki sebelum beredar.



from The Reporter https://ift.tt/3A2SU2E
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3uwvwtg
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...