loading...

Thursday, 30 September 2021

3 kanak-kanak dicabul lelaki di tangga flat Sri Damansara


Seorang lelaki yang usianya sudah hampir mencium bau-bau tanah disyaki mencabul tiga kanak-kanak lelaki dan perempuan di sebuah flat Sri Damansara di Petaling Jaya. 


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, aksi jijik suspek berusia 53 tahun itu sempat dirakam salah seorang penduduk di kediaman itu. Bapa kepada salah seorang mangsa yang mengetahui kejadian tersebut terus membuat laporan polis pada jam 5 petang Khamis, 28 September 2021. 


Menurut pengadu berusia 39 tahun itu mendakwa, anaknya berusia tujuh tahun dicabul di tangga flat didiaminya. Mangsa dipeluk dan diperlakukan dengan perbuatan yang tidak senonoh. Nasib buruk yang menimpa mangsa hanya diketahui selepas pengadu melihat rakaman video berdurasi 19 saat yang ditunjukkan pengerusi persatuan penduduk. 


Siasatan awal mendapati, suspek memberikan alasan datang ke kawasan perumahan itu untuk mencari rakan lama. Suspek kini direman sehingga 5 Oktober depan untuk membantu siasatan lanjut. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3zWhz95
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3AXqUyU
via IFTTT

Remaja perempuan dicabul bapa tiri sejak April - September 2021 di rumah


Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dicabul bapa tirinya semenjak April lalu dalam kejadian yang berlaku di Felda Jempol.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa kerap dicabul oleh suspek berusia 24 tahun ketika berada di rumah dan kali terakhir berlaku pada pertengahan September lalu. 


Suspek juga meminta mangsa tidak mendedahkan perkara itu kepada sesiapa. Namun, mangsa yang sudah tidak tahan dengan perbuatan bapa tirinya itu membuat laporan polis pada Selasa lalu. Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek untuk membantu siasatan. 


Siasatan awal mendapati, suspek mengaku telah mencabul mangsa. Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai satu rekod penyalahgunaan dadah. Suspek direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/2Y0dHXp
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3okeYnc
via IFTTT

Semua penjawat awam wajib ambil suntikan vaksin Covid-19 sebelum 1 November


Semua penjawat awam yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, diarahkan segera mendapatkan suntikan imunisasi itu sebelum 1 November 2021. 


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan memaklumkan, semua penjawat awam wajib mengambil vaksin berkenaan. Jika gagal berbuat demikian, mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib, selearas dngan peraturan semasa yang berkuat kuasa. 


Bagi penjawat awam yang tidak dapat mengambil suntikan vaksin itu atas sebab-sebab kesihatan perlulah mendapat pengecualian daripada pegawai perubatan kerajaan. Difahamkan, jumlah penjawat awam yang tidak mengambil suntikan imunisasi Covid-19 adalah kecil. 


JPA kini mewajibkan semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk mengambil vaksin tersebut bagi memberi keyakinan dan jaminan kepada orang awam serta memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. 


Semua penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3AZ79qO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3AXqUPh
via IFTTT

Wednesday, 29 September 2021

Remaja dakwa dirinya hamil kerana dirogol makhluk halus, tetapi polis tak percaya


Seorang remaja perempuan di Daerah Madiun, Jawa Timur, Indonesia dilaporkan hamil sehingga selamat bersalin dan kononnya remaja berusia 14 tahun itu dihamilkan oleh makhluk halus. 


Peristiwa itu menggemparkan penduduk di daerah tersebut menyebabkan polis mula membuka kertas siasatan. Siasatan awal mendapati, ada sesuatu yang tidak kena dan polis mengambil sampel dari tiga individu iaitu bapa kandung, bapa tiri dan juga bayi yang baru dilahirkan untuk melakukan ujian DNA. 


"Ujian DNA telah kami lakukan bagi membuktikan siapa bapa biologi kepada bayi yang dilahirkan remaja berkenaan," kata Ketua Polis Daerah Madiun, Ryan Wira Raja Pratama. 


Ujian DNA penting bagi menentukan suspek dalam kes terebut berikutan tidak ramai saksi termasuk ada saksi yang dikesan cuba menutup kes itu. 


Sementara itu, pihak keluarga pula mendakwa anak perempuan di bawah umur itu hamil kerana dirogol oleh makhluk halus. Tetapi polis tidak percaya dan menunggu keputusan ujian DNA yang akan mengambil sedikit masa, yang kemudian akan ditentukan siapa suspek dalam kes ini. 


"Remaja itu telah memberi keterangannya. Tetapi kami merasa ada banyak kejanggalan dari keterangan dia," katanya.


Sumber: Suara.com



from The Reporter https://ift.tt/3F49hQd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3ijWNKu
via IFTTT

Penumpang kantoi sumbat 4 ketul kapsul serbuk emas dalam punggung, untuk diseludup


Seorang lelaki yang menyimpan satu kilogram kapsul yang mengandungi serbuk emas bernilai RM236,610 di dalam punggungnya telah ditahan di sebuah lapangan terbang India setelah ketulan itu muncul dalam imbasan X-ray. 


Keldai dadah yang dikenali sebagai Mohammad Sharif itu ditahan pada Isnin lalu oleh pegawai keselamatan setelah melihatnya dalam keadaan mencurigakan. Sharif yang dijadualkan berlepas ke New Delhi, disoal siasat tetapi tidak memberi jawapan yang memuaskan. 


India adalah pengguna emas kedua terbesar di dunia dan pakar berkata, aktiviti penyeludupan emas meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Penyeludup menjadi lebih kreatif di mana pihak berkuasa menemui jongkong emas yang dijahit dalam pakaian atau tersembunyi di rongga mulut. Malah ada yang menggunakan kerusi roda untuk menyembunyi kargo haram mereka. 


Ogos lalu, pegawai kastam merampas emas bernilai RM563,358 yang disembunyikan dalam alat pembesar suara di lapangan terbang Cochina International. 


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/3ur5QOA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3imFtVl
via IFTTT

'Dah kenapa menempel kat badan lalu dikentutin?' - Pasangan kekasih putus hubungan disebabkan teman lelaki bergurau kasar


Viral di TikTok video pertelingkahan di antara sepasang kekasih di Indonesia yang berpunca dari perbuatan tidak sopan si teman lelaki yang membawa kepada perpisahan, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Video tersebut dimuat naik di akaun TikTok @jomblohappy20 yang menunjukkan pasangan berkenaan sedang bertelingkah di dalam rumah. Si wanita dengan jelas menyatakan dia tidak boleh menerima apa yang berlaku dan terus memarahi teman lelakinya, serta meminta hubungan mereka diputuskan segera. 


Namun, lelaki terbabit tidak dapat menerima dan malah mengucapkan kata-kata yang tidak menyenangkan. Hal itu menyebabkan teman wanitanya bengang lalu menghalaunya keluar dari rumah itu.


"Pertama, yang tak sopannya siapa? Dah kenapa menempel kat badan aku untuk dikentut? Sopan ke kalau berkelakuan macam tu? Sudahlah, pergi dari sini. Kalau dah tak suka, pergi!" katanya. 


Wanita itu juga mengaku dia berasa kecewa dengan sikap teman lelakinya dan menyesal apabila mengetahui sikap sebenar lelaki itu. 


"Tak sangka dia berhati busuk seperti itu! Ternyata selama ini baik ada maknanya. Ya Allah, sumpah menyesal kenal dengan manusia seperti ini," katanya. 


@jomblohappy20

jdi cwok kok suka ngungkit

♬ suara asli - Laras - kumbanghati
@jomblohappy20

Ni gua klarifikasi dari vidio pertama kemarn,gw tau kentut depan pasangan itu emng hal spele.tpi harus tau batasan. Biar bcandanya gk klewatan

♬ suara asli - kumbanghati


Di media sosial, rata-rata netizen mentertawakan kejadian itu yang dianggap lucu. 


"Ini adalah perpisahan yang paling kelakar bagi aku," kata @penghancur. 


"Disebabkan kentut, astagaa... ngakak (tergelak)," kata @Olaa.


"Ada yang boleh terima, ada yang tidak. Jadi, berkomunikasilah secara baik dengan pasangan mengenai apa yang kita suka atau sebaliknya," kata @Ulfaa.


Sumber: Suara.com



from The Reporter https://ift.tt/3ihqrjy
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/39WF3Ah
via IFTTT

JAIM sahkan penangkapan wanita berkhalwat dengan suami orang


Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat, mengesahkan seorang wanita berstatus isteri orang telah ditangkap khalwat bersama kekasihnya yang juga merupakan suami orang di kawasan Bukit Katil pada 25 Ogos 2021. 


Wanita berusia 35 tahun itu dan pasangannya berusia 33 tahun ditahan oleh imam kampung berkenaan setelah menerima maklumat mengenai perbuatan mereka. 


"Saya mengesahkan tangkapan itu yang mana kedua-dua mereka juga didapati berstatus sudah berkahwin. Tangkapan itu dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkurung sehingga mendatangkan syak," katanya. 


Difahamkan, siasatan yang dilakukan ke atas pasangan itu kini berada di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan. JAIM telah merakam keterangan pasangan itu dan berterima kepada orang awam yang bekerjasama dengan JAIM dalam memberi maklumat. 


Tambah beliau, pihak JAIM amat mengalu-alukan maklumat awam dan penduduk setempat dalam melaporkan sebarang kegiatan maksiat melalui nombor WhatsApp 017-262180. 


Sebelum ini viral di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki mencekup isterinya berkhalwat dengan kekasih di rumah sewa mereka. Si suami kemudian menghubungi pemilik rumah sewa dan memintanya untuk mendapatkan bantuan dari imam bagi menjadi saksi kejadian yang menjijikkan itu. 


Berlaku pergelutan di antara si suami dengan kekasih isterinya di hadapan kediaman tersebut sebelum dileraikan oleh anggota polis. 


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/3CNH52i
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3um1nwN
via IFTTT

Suami belasah isteri hampir mati selepas buat video call dirinya berasmara dengan lelaki lain di dalam kereta


Seorang lelaki di Maryland (US) membelasah isterinya dengan kejam selepas mangsa tertekan FaceTime ketika sedang melakukan hubungan intim dengan lelaki lain di dalam sebuah kereta yang diparkirkan berhampiran sebuah hotel di Pennsylvania. 


William Atkinson, 34, menerima panggilan video itu dari isterinya pada 21 September dan segera meminta rakannya membawa dia ke lokasi tersebut untuk berdepan dengan pasangan curang itu. 


Sebaik saja tiba di Best Western di Somerset, Atkinson menemui isterinya berusia 32 tahun dan kekasihnya yang tidak didedahkan identiti mereka dalam laporan polis, terus dipukul dan ditendang. Bagaimanapun, lelaki itu berjaya melarikan diri. 


Apabila polis tiba di tempat kejadian, Atkinson dikatakan enggan memberi kerjasama. Polis juga menemui isterinya yang mengalami kecederaan teruk dengan beberapa kesan lebam, pendarahan di bahagian muka, hidung dan mulut sambil menangis meminta tolong. 


Setelah ditahan polis, Atkinson menjelaskan bahawa pasangan itu sengaja membangkitkan kemarahannya dengan membuat panggilan video lucah. Atkinson mendakwa dia hanya memukul isterinya dengan tangan terbuka, bukannya dengan penumbuk atau tendangan. Tetapi seorang saksi tampil melaporkan dia melihat Atkinson menendang isterinya di bahagian muka. 


Selain itu, polis dimaklumkan oleh saksi lain yang mendakwa terdengar bunyi tembakan pistol ketika kejadian itu berlaku. Tetapi tiada saksi yang melihat siapa yang memegang senjata api. 


Pemeriksaan di lokasi menemui sepucuk pistol, salah satu kasut Atkinson di tempat kejadian yang mempunyai kesan darah, pistol renjatan elektrik dan sebilah pisau di mana Atkinson mendakwa senjata itu milik pasangannya.


Semakan rekod mahkamah mendapati, isteri Atkinson juga mempunyai rekod jenayah lampau yang membimbangkan. Pada tahun 2016, wanita itu dibebaskan kerana cubaan membunuh setelah berlaku perbalahan dengan teman lelakinya yang berakhir dengan tembakan. 


Isteri Atkinson kemudian mengaku bersalah kerana membahayakan diri dan dihukum dua tahun percubaan. Tidak jelas sama ada Atkinson adalah teman lelakinya pada masa itu. 


Atkinson kini ditahan di penjara daerah sebagai ganti jaminan $30,000 dan dijadualkan untuk perbicaraan awal pada Selasa. 


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/3iefsHW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3kO8zP0
via IFTTT

Pengasuh hentak kepala bayi ke lantai sampai tak sedarkan diri kerana bengang mangsa tak berhenti menangis


Seorang pengasuh wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan cuba membunuh bayi lelaki berusia tujuh tahun antara jam 7 pagi dan 2.45 petang, 22 September 2021 di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan 2. 


Nursahidah Amran, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani. 


Dalam pertuduhan itu, Nursahidah didakwa telah menghentak sehingga mencederakan kepala mangsa di mana tertuduh mengetahui perbuatan itu boleh menyebabkan kematian pada mangsa. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun. 


Tertuduh juga tidak mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di tempat dan masa yang sama. Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali. 


Pendakwaan dikenalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiqa Liyana Razman dan Afiqah Izzati Mazlan, manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Syahrul Nizam Mohd Rabi dan Mohamad Salihen Astor.


Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi. Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 November 2021. 


Terdahulu, media melaporkan bapa kepada mangsa membuat laporan polis pada 24 September 2021 kerana mensyaki anaknya didera dan cuba dibunuh oleh pengasuh berkenaan. 


Difahamkan, mangsa dihantar kepada pengasuh terbabit pada pagi Rabu dalam keadaan sihat dan baik. Namun pada jam 2.35 petang, pengasuh menghubungi pengadu untuk mengambil anaknya kerana mangsa terjatuh dari 'baby walker'. 


Sebaik tiba di rumah pengasuh, pengadu mendapati kepala anaknya mengalami bengkak, lalu bertanya punca kecederaan anaknya. Pengasuh kemudian memaklumkan, mangsa terjatuh ketika didukung. 


Mangsa terus dibawa ke hospital dan pemeriksaan mendapati berlaku pendarahan di kepala dan tempurung kepala mangsa retak. Mangsa pada ketika itu berada dalam keadaan tidak sedar dan kritikal. 


Ekoran kejadian itu, pengasuh terbabit ditahan dan ketika disiasat dia mengaku menghempas kepala mangsa sebanyak dua kali ke lantai kerana berang mangsa tidak berhenti menangis. Dia hanya berhenti melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu selepas menyedari mangsa tidak sedarkan diri. 


Sumber: Bernama, Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/2WlhIVR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2XWZ47p
via IFTTT

(Video) 'Betul tak kau bersetubuh dengan dia?!' - Suami cekup isteri bawa kekasih ke rumah


Langit tidak selalunya cerah dan begitu juga dengan alam perkahwinan yang adakalanya diuji dengan pelbagai masalah, antaranya isu kecurangan yang menjadi punca keretakan rumah tangga. Hancur luluh hati seorang lelaki apabila mendapati wanita yang dikahwininya selama ini curang dengan membawa kekasihnya ke rumah untuk bermadu asmara tatkala dia keluar. 


Menurut peniaga berusia 34 tahun itu berkata, dia pulang ke rumah di Jalan Bukit Katil, Ayer Keroh Melaka, untuk mengambil barang yang tertinggal. Sebaik saja sampai, dia ternampak seorang lelaki yang dikenali sebagai Azmizee, 33, keluar dari pintu belakang. 


"Saya masuk ke dalam rumah dan mendapati isteri saya dalam keadaan berkemban. Saya bertanya kepada Azmizee, apa yang dia buat di dalam rumah saya? Dan dia menjawab, 'saja'.


"Dia kemudian menyuruh isteri saya membuka pintu hadapan dan saya terus mengunci pintu di bahagian belakang dan menghubungi pemilik rumah sewa untuk membantu menghubungi pihak polis serta imam masjid. 


Berdasarkan video kejadian yang viral di media sosial, ternampak kelibat lelaki terbabit di dalam rumah. Beberapa minit kemudian, si isteri keluar dari bilik untuk memberi penjelasan bahawa apa yang berlaku bukan salah dirinya. 


Suami: "Allahuakbar! Sini kau dua orang. Azmizee, mana bini aku?! Bini aku mana?! Bini aku?! Bang (lelaki pegang cangkul), masalahnya.. saya keluar dia ingat saya pergi berniaga. Saya tertinggal barang dan saya patah balik. Macam ni.... ya Allah ya Tuhanku.. Saya cari duit bang, macam ni balas dia bang. Pukul 3-4 pagi saya baru dapat tidur bang. 


Lelaki pegang cangkul: "Telefon pak imam. Biar pak imam jadi saksi". 


Isteri: "Memang salah saya... Dia pun dah tak nak dengan saya." 


Suami: "Betul tak kau bersetubuh dengan dia?! Aku dah cam dah dalam dua tiga minggu ni. Aku dah cam dah. Allahuakbar! Aku saja senyap."



20 minit kemudian, pihak polis dan imam masjid sampai di lokasi dan membawa si isteri dan kekasihnya keluar dari rumah untuk dibawa ke balai polis. Ketika dibawa keluar dari rumah, si suami sempat memarahi mereka berdua. 


"Amacam?! Sedap?! Sedap m**n bini aku?! Hei babi! Lahanat!" kata si suami yang terus membaling pasu bunga terhadap lelaki terbabit sehingga mencetuskan pergelutan di antara mereka sebelum dileraikan oleh anggota polis. 


Di akhir video, terdengar suara tangisan si suami yang kesal dengan perbuatan isterinya. 



Adalah berdosa dan haram hukumnya bagi mana-mana pihak menjalinkan hubungan dengan orang yang sudah berumah tangga. Sesungguhnya, perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah sesuatu perbuatan yang keji dan datangnya dari godaan syaitan. 



from The Reporter https://ift.tt/3igIVB3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3igmpIs
via IFTTT

Tuesday, 28 September 2021

Lelaki ini berjanji takkan buat hubungan intim dalam kereta selepas alami kejadian yang amat memalukan


Pekerja pasar raya, Brad Sadler, 18, meletakkan keretanya di sebuah lokasi yang menampakkan pemandangan indah setelah meluangkan masa bersama dengan teman wanitanya di restoran McDonald's. 


Enjin kereta Toyota Yaris dibiarkan hidup dan muzik dipasang sementara dia dan teman wanitanya beralih ke tempat duduk belakang untuk melakukan hubungan intim. Disebabkan pasangan itu 'bergoyang' terlalu kuat menyebabkan brek tangan gagal berfungsi, kenderaan mereka menjunam ke lereng bukit. 


Brad yang ketika itu dalam keadaan tanpa seurat benang berkata, keretanya menuruni lereng dan tebing bukit sebelum terbalik di atas jalan. 


Pasangan itu terperangkap dalam kereta selama 15 minit sehingga dua pejalan kaki yang kebetulan melalui jalan itu datang membantu. Brad menyerahkan kunci keretanya dan mereka keluar melalui bahagian bonet belakang. 


Brad yang berasal dari Matlock, Derbyshire kemudian menghabiskan lebih kurang 10 minit untuk mencari pakaiannya. 


Polis yang tiba di lokasi ketawa dan memberitahu Brad bahawa itu adalah antara kejadian paling melucukan yang mereka pernah lihat.


Setelah menjalani ujian saringan, Brad disahkan negatif dadah dan alkohol. 


"Itu kali terakhir saya melakukan perkara seperti itu dalam Yaris," katanya. 


Sumber: The Sun



from The Reporter https://ift.tt/3zOu8mM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3ihfI93
via IFTTT

Bengang handphone dirampas, anak tembak kepala ibu yang sedang tidur


Seorang remaja lelaki mengaku membunuh ibunya dengan menembak kepala mangsa selepas bertengkar telefon bimbitnya dirampas. 


Pada malam 20 April 2020, Shawn Willis, 18, dari Anderson County, Tennesse menyelinap masuk ke dalam bilik ibunya, Sandy Willis, yang ketika itu sedang tidur, lalu mengambil pistol yang diletakkan dalam meja kecil di sebelah katil. 


Shawn kemudian turun ke tingkat bawah untuk mengisi peluru bagi mengelakkan perbuatannya disedari sebelum segera kembali ke bilik ibunya. Shawn terus melepaskan dua das tembakan di kepala mangsa dari jarak dekat. 


Shawn didakwa sebagai orang dewasa selepas rekod mahkamah juvana yang baru dikeluarkan menunjukkan dia mengaku melakukan pembunuhan itu dan memberitahu penyiasat bahawa dia bertindak sedemikian kerana bengang telefon bimbitnya dirampas oleh mangsa. 


"Bukti akan menunjukkan bahawa tertuduh marah terhadap ibunya, Sandy Willis, kerana menghukumnya dengan merampas telefon bimbit darinya. Tertuduh kemudian menghubungi teman wanitanya dan memaklumkan ibunya berada di bilik tidur dengan kesan darah padanya. 


"Bapa teman wanitanya datang dan memeriksa keadaan Sandy yang didapati sudah tidak bernyawa. Tertuduh memberi banyak keterangan yang bercanggahan dengan apa yang berlaku. Tetapi selepas beberapa minggu disiasat oleh detektif, tertuduh mengaku telah menembak ibunya di kepala ketika dia sedang tidur". 


Tertuduh yang kini berusia 18 tahun itu ditahan di Rocky Top, Tennesse dengan wang jaminan $1,000,000. Mahkamah menetapkan 3 Disember 2021 untuk perbicaraan semula. 


Terdapat beberapa kes kanak-kanak bertindak membunuh ibu bapa mereka kerana merampas telefon bimbit mereka. Pada tahun 2019, seorang wanita berusia 32 tahun dibunuh oleh dua anaknya berusia 14 dan 12 tahun yang bengang telefon bimbit mereka dirampas. Mayat mangsa ditemui dengan beberapa kesan tikaman dan tembakan di dada. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/3zI4TCM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3zS42zo
via IFTTT

Budak 9 tahun nyaris maut selepas tertelan bebola magnet ketika lakukan TikTok Challenge


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun nyaris maut selepas tertelan sejumlah bebola magnet ketika melakukan cabaran TikTok, dedah ibunya. 


Jack McGeoch dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut dan muntah-muntah di kediamannya di Borestone, Stirling, United Kingdom, Selasa lalu. 


Ibunya, Carolann berkata, imbasan ultrasound mengesan ada sesuatu yang tersumbat di bahagian ususnya dan Jack kemudian mengaku dia tertelan bebola magnet. Jack yang dimasukkan ke Royal Hospital for Children di Glasgow pada Rabu terpaksa menjalani pembedahan kecemasan. 


Carolann dimaklumkan, anaknya berdepan dengan risiko maut akibat kesan buruk dari magnet yang melekat di dinding usus. 


"Saya diberitahu kerosakan teruk boleh berlaku pada usus anak saya. Saya menangis dan menandatangani kebenaran untuk melakukan pembedahan itu," katanya. 


Difahamkan, Jack menelan sejumlah bebola magnet bagi menyahut cabaran yang sedang trending di laman TikTok. Tidak diketahui apakah cabaran itu, tetapi semakan di laman tersebut menunjukkan remaja memasukkan bebola magnet ke dalam mulut mereka untuk membuat ilusi tindakan di lidah dan bibir. 


"Sepanjang empat jam pembedahan, apendiks, usus kecil dan usus besarnya dikeluarkan semua demi beberapa biji bola magnet bodoh itu. Lima hari selepas pembedahan, Jack masih tidak dapat berjalan. Pakar bedah berusaha mengeluarkan magnet tersebut kerana bimbang akan kerosakan yang berlaku pada usus anak saya. 


"Jack bernasib baik kerana masih hidup. Tetapi jika pengalamannya ini dapat mengelak kanak-kanak lain melakukan perbuatan yang sama, saya akan lakukan apa saja untuk berkongsi maklumat. 


"Ada video di media sosial yang mendorong kanak-kanak melakukan perbuatan ini tanpa sedar magnet kecil ini boleh membunuh mereka dengan mudah. Kehidupan Jack telah berubah selama-lamanya. Mari kita hentikan orang lain daripada mengalami kejadian seumpama ini," katanya.


Jack bukan kanak-kanak pertama yang menjadi mangsa TikTok Challenge. Pada Mei lalu, Ellis Tripp, 11, dikejarkan ke hospital setelah mengadu sakit perut. Pakar bedah kemudian menemui bebola magnet di dalam ususnya. 


Nenek mangsa berkata, walaupun Ellis kini telah sihat, tetapi kelakuannya berubah dan kehilangan berat badan yang amat ketara. Ellis telah berubah dari seorang kanak-kanak yang ceria menjadi pendiam. 


Dalam kes lain, Faye Elizabeth dari Rainhill, mendedahkan anak perempuan berusia 13 tahun terpaksa dibuang apendiksnya dan sebahagian ususnya dikeluarkan setelah menyahut cabaran TikTok itu. Pakar bedah mengeluarkan 15 biji bebola magnet dari perutnya. 


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/3CW6tDc
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3kLBDGU
via IFTTT

'Pancing bulan tak turun-turun gamaknya' - Lelaki hidu gam panjat jambatan setinggi 6 meter


Seorang lelaki yang dipercayai khayal selepas menghidu gam bertindak memanjat jambatan setinggi enam meter menggemparkan orang awam di Beaufort, Sabah, hari ini. 


Lapor Harian Metro, kejadian yang berlaku pada jam 10.30 pagi itu disedari oleh sepasukan polis yang sedang menjalankan operasi Pematuhan dan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 


Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, anggotanya berusaha memujuk lelaki berusia 20 tahun itu turun tetapi tidak diendahkan. Keadaan itu memaksa pihaknya terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk datang membantu. 


Lelaki itu kemudian berjaya dibawa turun dan terus dibawa ke Balai Polis Beaufort untuk proses dokumentasi. Pemeriksaan pada badan dan beg sandang lelaki itu membawa kepada penemuan plastik dan satu tin gam. Suspek terus ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3kNYOQZ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2WkBn8z
via IFTTT

Driver langgar peraturan jalan raya, Timbalan Menteri di JPM tampil mohon maaf


Susulan viral video pemandu kereta pemimpin politik melanggar peraturan jalan raya dengan alasan terlambat menghantar majikannya ke lapangan terbang, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary tampil membuat permohonan maaf. 


Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu juga akan bertanggungjawab di atas perbuatan pemandunya dan menerima teguran yang diberikan untuk dijadikan sebagai penambahbaikan kepada diri dan juga kakitangannya.


"Sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau (pemandu) dan saya sendiri. Biarlah hukuman itu di atas dunia andai dengan itu ia melepaskan kami daripada hukuman di akhirat.


"Saya memohon ribuan kemaafan atas isu yang timbul. Semoga peristiwa ini memberi peluang untuk kami terus menjalankan tugas dengan penuh jujur dan berintegriti demi rakyat Malaysia," katanya. 


Ahmad Marzuk mengesahkan, perkara itu kini dalam siasatan pihak polis dan pemandunya telah dipanggil untuk memberi keterangan. 


Terdahulu, video yang dirakam orang awam menunjukkan pemandu terbabit memotong kenderaan lain di hadapannya di garisan berkembar sehingga menyebabkan kenderaan dari arah bertentangan terpaksa memberi laluan kepadanya.


Menurut sumber, pemandu terbabit berbuat demikian kerana dia sudah terlambat untuk menghantar majikannya ke lapangan terbang. 


Sumber: MalaysiaKini


LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/3ugGa7w
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3uktVqv
via IFTTT

India matikan talian internet handphone & sms selama 12 jam agar calon tidak menipu ketika peperiksaan


Sebanyak 16 daedah di Rajasthan, India dihentikan perkhidmatan internet telefon bimbit dan SMS selama 12 jam kerana negeri itu sedang mengadakan peperiksaan penting untuk memilih guru yang akan ditempatkan di sekolah kerajaan. Kerajaan negeri mengambil keputusan itu bagi mengelakkan calon menipu ketika peperiksaan.


Peperiksaan yang disebut sebagai Rajasthan Eligibility Examination for Teachers (REET) adalah peperiksaan yang amat kompetitif di mana lebih dari 1,600,000 pelajar bersaing untuk dipilih bagi 31,000 jawatan tersebut di sekolah kerajaan. 


Antara 16 daerah yang terjejas adalah Jaipur, Udaipur, Bhilwara, Alwar, Bikaner, Dausa, Chittorgarh, Barmer, Tonk, Ajmer, Nagaur, Sawai Madhopur, Kota, Bundi dan Jhalawar dan Sikar. 


Selain itu, jumlah calon yang ramai untuk menduduki ujian REET membuatkan kerajaan mengambil beberapa langkah yang tegas untuk keselamatan bagi mengelak penularan wabak Covid-19. Peperiksaan tersebut dianjurkan oleh Lembaga Pendidikan Menengah Rajasthan yang berpusat di Ajmer di 3,993 pusat peperiksaan. 


Sumber: NDTV



from The Reporter https://ift.tt/2Wjtv7f
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3AViGra
via IFTTT

(Video) 'Pakai Honda HR-V RM104K tapi tak mampu bayar tol RM1.30' - Driver nekad langgar palang tol di Plaza Tol Semenyih


Tindakan seorang pemandu kereta jenis Honda HR-V berharga RM104,000.21 melanggar palang tol setelah gagal melakukan aksi cucuk rapat kenderaan di hadapannya viral di media sosial. 


Lapor Kosmo, kejadian itu berlaku di Plaza Tol Semenyih kelmarin dan video tersebut dimuat naik di Twitter oleh Shahidatul yang memandu di hadapan kereta Honda HR-V berkenaan. 


Difahamkan, pemandu terbabit bertindak memecut laju dan mengekori kereta Shahidatul dengan rapat ketika tiba di plaza tol tersebut untuk mengelakkan membayar caj tol yang dikenakan. Namun, perbuatannya itu gagal apabila palang tol turun sebaik saja kenderaan Shahidatul melepasi jarak imbasan. 


"Kes cucuk dekat Plaza Tol Semenyih, berlaku pagi tadi jam 9 pagi. A successful attempt pulak tu. Saya tak perasan dia cucuk sebab rushing nak pergi kerja. Dah lepas baru nampak. Tol RM1.30 je pun, nak juga cucuk demi tak nak bayar tol. Minta semua cari sampai dapat! Nombor plat BMU1124," tulis Shahidatul.


Hal itu tidak menghalang pemandu terbabit yang kemudian nekad merempuh palang tol dan meneruskan pemanduannya seperti tiada apa yang berlaku. 



Di media sosial, netizen mengutuk pemandu Honda HR-V terbabit yang disifatkan sebagai tidak berotak dan tindakannya bukan sahaja mementingkan diri, juga boleh menyebabkan kemalangan. 


"Dah biasa buat ni, mungkin rutin harian kot. Share la ramai-ramai kasi famous sikit. Tak nak bayar tol, kayuh je la basikal," kata Badrul. 


"Sepatutnya pihak tol bekerjasama dengan JPJ untuk maklumat dan saman RM5,000 untuk kesalahan pertama. Masa owner nak hidupkan cukai jalan, lesen, insurans, automatik kena block. Settle saman RM5,000 baru boleh renew semua. Kesalahan kali kedua, saman RM15,000. Gantung lesen setahun. Kesalahan kali ketiga, sita terus kenderaan pemilik dan saman RM50,000 serta gantung lesen 5 tahun," kata Zizoul. 


Sumber: Shahidatul, Dashcam Owners Malaysia



from The Reporter https://ift.tt/3lZrciq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3od4mXi
via IFTTT
loading...