Viral di media sosial video yang menunjukkan sebuah kenderaan yang dipercayai milik seorang timbalan menteri melanggar peraturan jalan raya, mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Suhaimi Jusoh mengesahkan pihaknya mengambil maklum mengenai video berdurasi 38 saat itu yang menunjukkan Toyota Alphard berwarna hitam dengan nombor pendaftaran P45 memotong kenderaan di garisan berkembar sehingga mendatangkan bahaya pada kenderaan dari arah bertentangan.
Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku di laluan Bukit Marak-Binjai berhampiran sebuah jambatan di persimpangan lampu isyarat Chabang Tiga, Gong Dermin. Kenderaan mewah itu dipandu oleh lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai pemandu kepada pemimpin berkenaan.
Ketika itu, pemandu terbabit dalam perjalanan ke rumah majikannya dan bertindak melanggar peraturan garisan berkembar kerana perlu segera menghantar majikannya yang sudah terlambat ke lapangan terbang di mana majikannya dijadualkan berlepas pada jam 5.50 petang.
Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Harian Metro, MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/3zMvcYx
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3APG7ll
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment