loading...

Friday, 17 December 2021

10 termasuk 8 kanak-kanak maut dalam kemalangan dirempuh treler dari belakang


10 individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, di sini, malam tadi.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.


Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.42 malam untuk operasi menyelamat.


"Nahas membabitkan 17 mangsa, yang mana 10 daripadanya disahkan meninggal dunia. Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita, manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.


"Sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler terbabit. Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis. Bagaimanapun, 10 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.



ANAK MENINGGAL MENJELANG SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN


"Pemergian arwah kehilangan besar buat kami kerana dia banyak membantu keluarga dan tidak pernah berkira soal duit," kata Rolex Shapiai.


Rolex, 53, adalah bapa kepada Muhamad Rahimi Rolex, 27, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 8.3 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini tengah malam tadi.


Selain, Muhamad Rahimi , seorang ibu serta lapan anaknya yang menaiki Proton Wira turut maut dalam insiden berkenaan dipercayai selepas terperosok di bawah sebuah treler. Manakala, empat mangsa cedera dan tiga lagi tidak mengalami kecederaan.


Rolex yang menetap di Sungai Rasau, Seksyen 16, di sini berkata, dia menerima panggilan daripada bomba kira-kira jam 12.30 malam tadi dan tergamam mendengar khabar duka itu kerana sempat bertemu dengan Muhamad Rahimi sebelum anak sulungnya keluar rumah.


"Kali terakhir saya bertemu arwah adalah kira-kira jam 9.30 malam sewaktu dia di rumah.


"Arwah baru pulang dari tempat kerja ketika itu dan kami sempat borak seketika sebelum dia keluar, katanya mahu berjumpa dengan kawan.


"Kebiasaannya, dia pulang jam 12 malam tetapi tidak pada malam tadi. Jadi, saya cuba menghubunginya namun tidak sedap hati apabila anggota bomba yang mengangkat panggilan sebelum beritahu anak saya kemungkinan sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui dekat ruang menunggu di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, di sini.


Lebih menyedihkan Rolex adalah apabila Muhamad Rahimi meninggal dunia menjelang sambutan ulang tahun kelahirannya, Rabu depan.


"Ikutkan, saya memang ada perancangan untuk bawa dia pergi makan sempena hari jadinya. Ia sudah jadi kelaziman saya setiap kali menyambut ulang tahun kelahirannya dan anak yang lain namun hasrat itu tidak kesampaian kali ini," katanya.


Sementara itu, adik mangsa, Nur Faqihah Umirah Rolex, 16, turut sedih dengan pemergian Muhamad Rahimi kerana rapat dengan abang sulungnya.


"Kami semua sudah tidur tetapi tersentak selepas ayah kejut dan beritahu abang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan.


"Emak mahu ke lokasi kejadian namun jalan sesak jadi kami terus ke sini (Unit Forensik).


"Saya sempat jumpa abang buat kali terakhir ketika di rumah dan malam tadi dia tidak sihat. Emak minta abang makan ubat dan katanya mahu makan apabila pulang ke rumah," katanya.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3shokCq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3q5mQIv
via IFTTT

Bapa langgar bayi sendiri sampai cedera, tapi tipu pihak hospital kononnya anak ditendang lembu


Percubaan seorang buruh binaan warga Myanmar menipu pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kononnya bayi perempuannya berusia setahun cedera di kepala dan muka akibat ditendang lembu, gagal selepas 'kantoi' ketika memberi keterangan kepada pihak polis. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, mangsa dibawa ke HSB oleh bapanya berusia 27 tahun itu pada jam 10.56 malam dan memaklumkan kepada petugas HSB anaknya ditendang lembu ketika bermain di luar rumah. 


Bagaimanapun siasatan mendapati, mangsa sebenarnya telah dilanggar oleh bapanya sendiri ketika mengundurkan kereta di kediaman mereka. 


Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan muka melecet. Keadaannya dilaporkan stabil dan berada di bawah pengawasan Wad Unit Rawatan Rapi (ISU).


Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, kerana menganiaya, mengabaikan, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkan dianiaya, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian. 


Jika disabitkan kesalahan, bapa mangsa boleh dihukum denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. 


Bapa mangsa yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dari tiga bulan dan tidak melebihi dua tahun, dan sebat tidak kurang dari tiga sebatan. 


Bapa mangsa kini ditahan reman untuk siasatan lanjut. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3E3Oz1f
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3scwE6l
via IFTTT

(Video) 'Kau tak puas hati? Buka topi kau, kita dua (bertumbuk)!!' - Peniaga + pekerja restoran marah Rider FoodPanda sebab lepak + tak check nombor order tetapi...


Tular di media sosial pertengkaran di antara pengusaha restoran di Setia Alam dengan penghantar makanan Food Panda yang dikatakan berpunca dari teguran peniaga berkenaan.


Video berdurasi dua minit menunjukkan salah seorang pekerja restoran yang terpaling gigih berdepan dengan penghantar makanan, sekali sekala mempertahankan majikannya. 


Berdasarkan video, pihak peniaga menegaskan mereka hanya meminta penghantar makanan itu memeriksa nombor yang dipercayai nombor pesanan. Bagaimanapun penghantar makanan itu pula menegaskan dia tidak berpuas hati dengan tindakan seorang wanita dari restoran tersebut yang menegurnya melepak dan bersembang. 


Keadaan menjadi semakin tegang berikutan beberapa 'wakil' pihak restoran tampil mengasak penghantar makanan itu yang menyebabkan dia tertekan lalu mengajak mereka menyelesaikan hal itu di balai polis. 


"Kau tak puas hati apa? Buka topi (helmet) kau! Buka topi kau, kita berdua (berbukut). Itu boss aku, kau tau tak?!" kata pekerja restoran. 


"Hey! Cakap elok-eloklah. Lanj**u! Kau ingat kau sape hah!?!" balas penghantar makanan Food Panda. 


"Lanj**u lah, ini lah, kau yang bermasalah," datang wanita dari restoran tersebut berdepan dengan penghantar makanan berkenaan. 


"Kau cakap apa tadi kat aku?!" soal penghantar makanan. 


"Aku cakap, check nombor," jawab wanita itu. 


"Selepas itu kau cakap aku lepak dan sembang-sembang. Apa masalah aku lepak?!" balas penghantar makanan. 


"Lepas tu kau tak lepak, dah siap nombor," jawab wanita itu lagi. 


"Dah kenapa? Aku lepak tak boleh ke? Siapa cakap tak boleh?" kata penghantar makanan. 


"Tak boleh la, customer complaint lambat," jawab wanita tersebut. 


"Kenapa tak boleh lepak? Haa... tak boleh jawab. Aku boleh report, tak ada masalah. Kau yang kurang ajar dengan aku," balas penghantar makanan. 



Susulan viral video itu, penghantar makanan terbabit yang dikenali sebagai Fiz MD tampil memberi penjelasan. 


"Cerita dia macam ni. Saya duduk kedai itu sidai 30 minit. Selama 30 minit cuma 2 minit saja saya duduk. Total 32 minit.


"Selepas order saya siap, saya ambil order nak gerak hantar ke rumah custmer. Dia marah-marah saya sebab duduk melepak sembang-sembang dengan kawan. Padahal dia sidai saya 30 minit tak ada pun saya bising? Takkan disebabkan dua minit saya duduk dia nak bising? 


"Saya malas nak bergaduh, ambil makanan dan terus hantar ke rumah customer. Selepas itu saya ambil gambar kedai, nak report dekat CC Food Panda. Tiba-tiba pekerja dia menjerit kuat-kuat, 'Nak gaduh, datang sinilah!!'. 


"Saya pun pelik, apa salah saya? Dan saya pun datanglah, terus dia rekod video ini. Dia marah saya sebab lepak situ dua minit dan guna alasan sebab saya tak check nombor order dengan betul. Saya sehari 11 jam 12 jam kerja penat bang, takkan nak rehat dua minit tak boleh? 


"Saya cuba untuk settle elok-elok tetapi staff dia ajak saya bergaduh. Seorang lagi cucuk-cucuk depan muka saya dengan sudip ikan bakar. Macam mana saya nak settle? Sebab itu saya ajak pergi balai. Dia maki saya bodoh, babi, saya sabar. Tapi saya terlepas cakap lanc** sebab tak dapat tahan kenam aki dengan staf pekerja di situ dan ugut saya lagi cakap suami dia polis?


"Apa salah saya? Sebelum saya hantar makanan pada customer? Saya dah chat dengan customer on the way ke balai buat laporan polis. Sampai depan rumah, customer pun faham," jelasnya. 



Di media sosial netizen tidak bersetuju dengan cara pihak restoran yang dikatakan memprovokasi penghantar makanan terbabit. 


"Beriya provok ajak rider bergaduh dan mengampu serta menjilat boss. Cakap Malaysia ada undang-undang tetapi perangai masing-masing seolah-olah tak tahu apa itu undang-undang. Last perempuan tu cakap dia akan pastikan rider tu tak boleh buat Food Panda lagi? Apa dia ingat, Panda tu bapa dia punya?" kata Qamarol Radzuan. 


"Apa masalah rider tak boleh lepak? Vendor ada prosedur dia. Makanan kau siap, button ready to pick up itu tekan saja. Rider hantar lambat, itu masalah rider dengan customer. Apabila kau dah tekan button tu, notification prepare food dekat apps Panda. Kau dah settle, masalah rider itu sendiri hantar lambat ke, customer boleh complaint," kata Akhmal Hisyam. 


Sumber: Facebook Yamaha Army



from The Reporter https://ift.tt/3shfx3o
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3e2ZtK9
via IFTTT

'Teringin nak ke Legoland sebelum akhir hayat saya' - Budak hidap penyakit jantung terbalik, sering sesak nafas & keletihan


Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, Mohd Adam Amsyar, disahkan menghidap penyakit jantung terbalik (Mitral Valve Atresia) menyebabkan dia sering mengalami sesak nafas dan keletihan. 


Bapanya, Abd Rahman Ahmad, 47, berkata, anaknya disahkan menghidap penyakit itu ketika berusia tujuh tahun dan pakar menjangkakan hayatnya tidak panjang. Penyakit itu bukan sahaja amat jarang berlaku, malah hanya tiga pesakit (termasuk Mohd Adam Amsyar) yang menghidap penyakit itu di negara ini. 


"Penyakit jantung terbalik adam dikesan doktor ketika usianya tujuh tahun selepas dia kerap sesak nafas, bengkak di bahagian muka serta anggota badan dengan tubuhnya menjadi kebiruan. 


"Apa yang lebih membuatkan saya sedih apabila doktor memaklumkan tidak dapat melakukan pembedahan bagi membetulkan keadaan jantung Adam kerana ia amat merisikokan nyawanya. 


"Saya sebak apabila doktor menyatakan tiada apa-apa yang dapat dilakukan dan berpesan supaya sering datang ke hospital untuk melakukan pemeriksaan susulan selain menjaganya dengan betul, terutama jangan membiarkan dia keletihan dan sentiasa menggembirakannya," katanya. 


Abd Rahman yang bekerja sebagai pemandu lori terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga anak bongsunya itu yang memerlukan penjagaan rapi. Dalam masa yang sama, mereka mengalami masalah kewangan dan tidak mampu membelikan susu formula khas yang disarankan doktor pakar untuk meredakan kesakitannya. 


Meskipun menerima bantuan asnaf Baitulmal RM500 sebulan, Abd Rahman enggan berpeluk tubuh begitu sahaja, malah dia sanggup melakukan pelbagai pekerjaan sampingan seperti memotong rumput di sekitar kampung.


"Adam kerap mengalami sesak nafas dan kemudian tubuhnya kebiruan menyebabkan saya risau. Saya kena sentiasa berada di sisinya supaya dapat menghantarnya mendapatkan rawatan sekiranya diperlukan. Saya juga risau meninggalkan Adam bersama kakaknya berusia 11 tahun kerana mereka berdua masih kecil," katanya. 


Sementara itu, Mohd Adam Amsyar menyatakan dia amat menyayangi bapanya itu yang sentiasa berusaha menggembirakan hatinya walaupun mereka hidup dalam keadaan susah. 


"Saya ada beritahu ayah teringin ke Legoland di Johor Bahru sebelum akhir hayat saya dan ayah berjanji bekerja lebih gigih bagi mencari wang untuk bawa saya. Kalau tak pergi Legoland pun tak apa sebab bersama ayah pun dah gembirakan hati saya," katanya. 


Bagi meringankan bebanan keluarga itu, Yayasan Sultanah Fatimah menghulurkan bantuan RM5,000 bagi membeli susu formula khas untuk jantungnya, bagi tempoh setahun. Selain itu, yayasan berkenaan juga memberi bantuan barang keperluan harian. 


Pengerusi yayasan berkenaan, Penasihat Menteri Besar Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata, pihaknya akan terus memantau keluarga Abd Rahman bagi memastikan keperluan Adam termasuk perbelanjaan membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, yang perlu dilakukan dua kali sebulan. 


Susulan kisah Adam itu disiarkan Harian Metro, ramai individu menawarkan diri untuk menunaikan impian kanak-kanak berkenaan ke Legoland. Pihak Legoland juga mengambil maklum mengenai perkara itu dan menawarkan diri untuk menunaikan impian kanak-kanak berkenaan. 


"Legoland Malaysia terharu membaca kisah Mohd Adam Amsyar dan mahu menunaikan impiannya. Kami sedang memproses beberapa butiran lanjut termasuk SOP berikutan keadaannya yang tidak boleh berjalan jauh dan cepat letih. 


"InsyaAllah impian adik Mohd Adam Amsyar akan kami tunaikan dalam masa terdekat," kata wakil taman tema berkenaan. 


Abd Rahman yang dihubungi berkata, dia terharu apabila mendapati ramai individu dan pihak mahu membantu menunaikan hasrat anak bongsunya itu. Namun dia menjelaskan tidak berniat mahu meminta simpati atau bantuan, tetapi ingin berkongsi mengenai kisah mengenai anaknya itu. 


"Saya terharu dan segan sebenarnya. Saya bukan mahu meraih simpati dan mahu bantuan dengan menceritakan penyakit Adam tetapi lebih kepada berkongsi kisahnya. 


"Wakil Legoland Malaysia juga baru menghubungi saya, memaklumkan mahu membawa keluarga ke taman tema itu dalam masa terdekat. Hanya Allah SWT yang dapat membalas budi tuan-tuan semua," katanya sebak. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3FbxDHI
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3E6lxOK
via IFTTT

'Kena ingat satu perkara, Long Tiger tak pernah lari tau' - Long Tiger sembang kari, peguam syak dia lari kerana terima ancaman bunuh dalam penjara


Suatu ketika dulu, Long Tiger pernah berkata, "Kena ingat satu perkara, Long Tiger tak pernah lari tau".


Perkembangan terkini kes individu dikehendaki, Long Tiger, lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor Bahru pada Rabu lalu, Polis Kedah telah mengetatkan kawalan di sempadan Malaysia Thailand dengan menutup laluan sempadan negara.


Semua anggota Polis Kedah telah dikerah untuk mengesan dan memburu Long Tiger atau nama sebenar, Ab Hamim Abd Hamid, 33, warganegara Myanmar (Rohingya). Sekatan Jalan Raya (SJR) turut dibuat dan pasukan khas (Task Force) ditubuhkan untuk membantu polis Kontinjen Johor. 


Peguam belanya, Datuk Shaharudin Ali mendedahkan, terdapat cubaan mencederakan atau membunuh Long Tiger di dalam penjara beberapa minggu lalu. 


Satu laporan polis telah dibuat dan setakat ini, Datuk Shaharudin Ali tidak dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan polis. 


"Kami khuatir dan tidak tahu sama ada Ab Hamim melarikan diri atas sebab yang berkaitan dengan keadaan mentalnya akibat daripada serangan fizikal dan mental ke atas dia di dalam tahanan reman," katanya. 


Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, empat anggota polis yang bertanggungjawab ke atas tahanan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai menyebabkan tahanan lari. 


"Polis sudah membuka kertas siasatan untuk empat anggota itu yang disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan, cuai menyebabkan pembolosan tahanan. Kita juga sedang mengambil tindakan susulan. Bukan gantung, bukan tahan kerja," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3E205Kt
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mboNBZ
via IFTTT

Thursday, 16 December 2021

'Jika betul itu muntah paus dengan berat 5 kilogram, ia dianggarkan bernilai RM500,000' - Prof UMT


Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Hasrizal Shaari memaklumkan, sekiranya muntah paus seberat lima kilogram yang ditemui seorang wanita baru-baru ini merupakan muntah puas yang tulen, ia bernilai kira-kira RM500,000. 


Bagaimanapun, bagi memastikan objek itu tulen atau sebaliknya, pihaknya perlu melakukan kajian terperinci. Ketika ini, pihaknya sedang menunggu sampel objek tersebut dari Jabatan Perikanan Negeri. Kajian dan ujian yang dijalankan pada objek tersebut mengambil masa kira-kira seminggu.


"Jika ia (muntah paus) tulen dan berkualiti tinggi, nilai dengan berat yang dikatakan lima kilogram itu, ia dianggarkan bernilai sekitar RM500,000.


"Setakat Januari lalu sehingga kini, kita sudah melakukan analisa membabitkan 18 sampel, namun semuanya didapati tidak tulen.


"Saya juga teruja untuk melakukan ujian terhadap sampel muntah paus yang ditemui di perairan Marang itu," katanya. 


Selain menunggu sampel tersebut, pihaknya juga sedang menunggu beberapa sampel lain yang dipercayai muntah paus yang ditemui di perairan negara bagi menentukan ketulenannya. Muntah paus yang bernilai tinggi mempunyai tiga bahan utama, ambrein 25%-45%, epicoprosterol 30%-40% dan coprostanone 3%-6%.


Sekiranya objek tersebut tidak mempunyai tiga bahan aktif berkenaan, ia langsung tidak bernilai dan tidak berharga di pasaran. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3e0vpic
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3q20Ezc
via IFTTT

(Video) 'Tidur! Aku tibai kaki tu nanti!' - Bapa pukul bayi guna penyapu lidi sebab enggan tidur


Tular di media sosial video eorang lelaki tidak memakai baju memukul bayi perempuan menggunakan penyapu lidi hanya kerana mangsa enggan tidur. 


Video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan lelaki berkenaan duduk memerhatikan mangsa sambil merokok, memaksa bayi yang dipercayai anaknya untuk tidur. Namun mangsa yang masih belum mengantuk, tidak dapat melelapkan mata dan mahu berjaga. 


Hal itu membuatkan bapanya berasa bengang lalu mula memukul mangsa menggunakan penyapu lidi di seluruh badannya beberapa kali menyebabkan mangsa menangis. 


Tangisan mangsa membuatkan lelaki terbabit bertambah berang dan mula meninggikan suara memaksa mangsa diam dan tidur. 



Tidak diketahui di mana lokasi kejadian itu berlaku, namun netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap lelaki terbabit yang jelas sekali menganiaya mangsa. 


"Eh bangang manusia macam ni. Ingat tak sakit ke buat camtu kat budak. Nak paksa budak itu tidur buat apa? Kau hisap gam ke apa? Otak dah tak betul. Cakap pun macam mabuk. Yang tukang rakam pun tengok je, tak ada perasaan langsung," kata Nufazira. 


"Kenapa buat anak macam tu, anak bukannya kucing hang nak buat lagu tu. Hang tibai dia pakai penyapu lidi pasai apa? Hang ni betullah gila. Tunggu sat polis mai angkut hang. Teruk punya bapak. Bapak aku pun tak pernah tibai aku guna penyapu lidi lagu tu," kata Mastura Abdulmubin. 


"Otak kau ni letak dekat mana ek? Kalau tak nak jaga budak tu, baik tak payah buat anaklah syaitan. PDRM tolonglah ambil tindakan," kata Erny Qamarina. 


Sumber: Facebook Khaty Fadelhak



from The Reporter https://ift.tt/3p09sGo
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/30AbLGQ
via IFTTT

Penjawat awam kantoi berniaga tanpa kebenaran, dikenakan hukuman denda RM8,000


Seorang penjawat awam wanita yang terbabit dalam perniagaan membekalkan sarung kaki bernilai RM44,500 didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis kerana berniaga tanpa kebenaran Ketua Jabatan. 


Tertuduh, Suzana Murni Mansor, 53, dikenakan hukuman denda itu selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi. 


Tertuduh yang diperintah membayar denda tersebut boleh dikenakan hukuman penjara selama lima bulan sekiranya gagal membayar denda. 


Hakim turut menasihatkan tertuduh untuk insaf dan memulakan kehidupan yang lebih baik selepas ini. 


"Anda patut bersyukur kerana diberi pertuduhan pilihan. Tetapi sekarang anda kena tangguh perbuatan itu, sekali gus menjejaskan pekerjaan anda sedangkan anda sudah lama berkhidmat dan rekod kerja juga cemerlang. 


"Jadi, saya berharap anda mengambil peluang ini untuk memulakan kehidupan yang lebih bermakna untuk diri dan keluarga," katanya. 


Berdasarkan pertuduhan, Suzana yang menjawat jawatan pembantu tadbir di Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu di sebuah hospital universiti awam, terikat di sisi undang-undang sebagai penjawat awam supaya tidak mengambil bahagian dalam perniagaan. 


Ia sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(1), Jadual Kedua, Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tataterbib dan Surcaj) 2000, telah mengambil bahagian dalam perniagaan iaitu sebagai pemilik Syarikat Fana Global Resources. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/3E14j52
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3q55KdI
via IFTTT

Pesara polis tembak kucing rayu dikurangkan jumlah jaminan, alasan kena tanggung 7 anak


Seorang pesara polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan khianat iaitu menembak seekor kucing jantan dan melepaskan tembakan di tempat awam.


Zainol Abidin Md Zain, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Fadli Nik Azlan.


Dia didakwa dengan sengaja membunuh haiwan itu menggunakan selaras senapang patah di kawasan kebunnya di Kampung Setia, Kuang, Selangor pada 6.40 petang 1 Julai tahun lalu mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Tertuduh juga didakwa melepaskan tembakan di tempat awam menggunakan senjata sama pada masa dan di tempat sama mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 (Akta 206) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 43 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan namun peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan M Mariappan merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan Zainol Abidin seorang pesara dan menanggung isteri serta tujuh anak.



Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 24 Februari 2022 untuk sebutan kes.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/30uSo1K
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3GMrHVH
via IFTTT

Kanak-kanak perempuan 8 tahun dikesan positif Covid-19 varian Omicron selepas pulang dari Nigeria


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu lagi kes varian Omicron dikesan di negara ini yang membabitkan jangkitan dari luar negara, kelmarin. 


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kes baharu itu dikesan membabitkan seorang kanak-kanak perempuan warganegara Malaysia berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria.


Difahamkan, ujian RT-PCR yang dijalankan ke atas kes sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif. Sebaik saja tiba di Malaysia bersama dengan ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember lalu dengan penerbangan transit di Doha, Qatar, kanak-kanak itu dan ahli keluarganya sekali lagi menjalani ujian RT PCR Covid-19 di KLIA dan keputusan ujian RT-PCR yang keluar pada 7 Disember lalu mendapati kanak-kanak itu positif Covid-19. 


Kanak-kanak berkenaan bagaimanapun tidak mempunyai gejala dan diarahkan menjalani isolasi di rumah selama 14 hari. 


Kontak rapat iaitu ibu, adik perempuan, bapa dan pemandu teksi yang membawa keluarga itu dari KLIA ke tempat kediaman diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari. 


Sementara itu, 35 orang kontak rapat dalam penerbangan tersebut turut disahkan negatif melalui ujian RT-PCR Covid-19 ketika ketibaan dan pada hari kelima. Pun begitu, KKM meneruskan pemantauan kes dan kontak yang dikenal pasti dilaksanakan secara menyeluruh dari semasa ke semasa. Punca jangkitan kes masih dalam siasatan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3DZPjoi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3dVt0oS
via IFTTT

Wednesday, 15 December 2021

Kantoi curang, isteri terkejut tengok gambar perempuan lain pandu kereta BMW suami dalam surat saman AES


Kita biasa mendengar peribahasa "Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya", begitu juga dengan jalan yang tenang, jangan disangka tiada AES. 


AES atau Automated Enforcement System (Perangkap Had Laju) adalah salah satu kaedah penguatkuasaan peraturan lalu lintas yang beroperasi selama 24 jam tanpa henti dan mampu merakam gambar kenderaan yang melakukan kesalahan dan seterusnya saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan. 


Di Jerman lain pula ceritanya apabila surat saman AES dihantar kepada seorang lelaki yang memiliki kereta jenis BMW, di mana pemandunya pada ketika hari kejadian adalah seorang wanita. Kelibat wanita dalam surat saman itu mengejutkan si isteri, sekali gus membongkarkan kecurangan suaminya. 


Menurut peguam kepada si isteri, Fatma Poyraz-Devrim berkata, anak guamnya berasa pelik kerana dia tidak memandu pada hari kejadian seperti tarikh yang dinyatakan pada surat saman tersebut. Malah dia juga tidak mempunyai lesen memandu. 


'Pendedahan' yang tidak dijangkakan itu membuatkan dia berasa gementar lalu menuntut jawapan dari suaminya. Setelah puas didesak, lelaki itu mengaku bahawa wanita dalam gambar surat saman tersebut merupakan teman wanitanya. 


Pada hari perbicaraan kes tuntutan cerai, kekasih lelaki berkenaan tidak dapat hadir ke mahkamah dan dipercayai telah melarikan diri ke luar negara bersama dengan kereta itu. 


Hakim juga mendapati, si isteri bukan individu yang memandu kereta BMW tersebut pada hari kejadian dan dia akhirnya dibebaskan dari kes kesalahan memandu melebihi had laju. 


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/3pZ2jWe
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3yCtCtd
via IFTTT

'Tak sempat nak bermanja...' - Pengantin baru ditahan polis, disyaki terbabit dalam samun bersenjata


Hasrat seorang kelindan lori untuk menikmati kebahagian di hari pertama perkahwinan terbantut apabila dia ditahan polis untuk membantu siasatan kes samun berkumpulan dan bersenjata. 


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di Pejabat Agama Daerah Kemaman pada jam 12 tengah hari sebaik saja selesai akad nikah pada Isnin, 13 Disember 2021. 


Siasatan awal mendapati, suspek mengaku melakukan jenayah itu bersama dengan dua lagi rakannya yang berusia 29 dan 33 tahun yang telah ditahan dan didakwa di mahkamah pada 22 November 2021. 


Semakan rekod turut mendapati, pengantin baru berkenaan mempunyai satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dua kes Seksyen 15(1) ADB 1952.


Difahamkan, suspek melakukan jenayah samun berkumpulan itu bersama dua rakannya pada jam 4 petang di sebuah rumah sarang burung di Mukim Mak Lagam. Ketika kejadian, mangsa yang sedang bekerja di rumah sarang burung itu didatangi oleh empat suspek dengan salah seorangnya memiliki senjata api. 


Telefon bimbit mangsa dirampas, dua guni berisi sarang burung juga turut dilarikan. 


Suspek kini direman selama seminggu sehingga 20 Disember untuk disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3EZu72X
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3yvrXFQ
via IFTTT

Cuba lari & rempuh anggota polis, pemandu maut ditembak


Polis menembak mati seorang pemandu kereta lelaki dipercayai cuba merempuh sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan di persimpangan Jalan Simpang Tiga – Batu Lintang di sini, malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, lelaki tempatan berusia lingkungan 24 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga itu dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak memecut laju kenderaannya ketika diarahkan polis untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan oleh anggota polis yang bertugas.


Difahamkan, suspek yang masih belum dikenal pasti identiti itu telah melanggar beberapa kenderaan dalam usahanya melarikan diri di persimpangan lampu isyarat hingga menyebabkan beberapa kenderaan rosak.


Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan selepas suspek cuba melanggar beberapa anggota trafik yang mahu menahan suspek.



Lapor Astro Awani, suspek adalah individu yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam beberapa kes jenayah sebelum ini.


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960. 


Sumber: Bernama, Harian Metro, Astro Awani




from The Reporter https://ift.tt/3saRsLC
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3E1t9BM
via IFTTT

4 anggota polis didakwa cuai, punca Long Tiger bolos dari lokap


Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai Long Tiger terlepas dari tahanan ketika menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat berkata orang kena tahan (OKT) berketurunan Rohingya itu hadir di mahkamah bagi perbicaraan kes berkait Seksyen 388 Kanun Keseksaan sebelum terlepas kira-kira 11.55 pagi tadi.


Katanya ketika kejadian Abdul Hamim, 32, memakai kemeja-T pagoda dan berseluar coklat. Berkepala botak, OKT terbabit memiliki ketinggian lebih kurang 160 sentimeter dengan berat sekitar 65kg.


“OKT ketika dalam tahanan tangannya masih bergari dan sedang menunggu untuk memulakan prosiding sambil menunggu peguamnya untuk hadir ke mahkamah.


"Prosiding yang sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh.


“Dia disedari melarikan diri dari mahkamah oleh orang ramai dan usaha untuk menangkapnya dilakukan, tetapi OKT berjaya meloloskan diri ke kawasan semak berhampiran,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tangkak, hari ini.


Abdul Hamim sebelum ini ditempatkan di Penjara Sungai Udang, Melaka sebelum dibawa ke lokap polis IPD Tangkak semalam. Dia kemudia dibawa ke lokap mahkamah sebelum berjaya meloloskan diri dari pintu utama mahkamah.


Mohd Fadhil berkata pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang terlihat Abdul Hamim atau mempunyai maklumat berhubung lokasi tertuduh untuk segera menghubungi pihak polis.


Setakat ini, empat anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi Long Tiger ke mahkamah juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 kerana kecuaian, selain siasatan lanjut akan dilakukan terhadap polis yang bertugas di mahkamah.


“Polis masih menyiasat sama ada kesemua anggota tersebut terlibat dalam kejadian ini atau sebaliknya, serta cara tertuduh meloloskan diri dari sel mahkamah.


“Tertuduh yang masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kini disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana lari dari tahanan,” tambah beliau.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/323mbPx
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3GHs8Rc
via IFTTT

(Video) 'Benda camni boleh buat aku menangis, ya Allah' - Netizen menangis tengok kebaikan pasangan ini bantu 2 lelaki buta


Berbuat baik adalah tuntutan agama, yang akan memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan negara. Berbuat baik kepada semua orang akan memberikan impak positif dan kesan yang baik. 


Apabila kita terdorong untuk melakukan kebaikan, bukan sahaja Allah menolong mempermudahkan urusan kita, tetapi menjentik hati dan emosi sesiapa yang melihatnya. 


Seperti video tular yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @HarisKacho, bagaimana dia membantu dua lelaki buta untuk mendapatkan barangan sukan yang diingini di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, mengundang rasa terharu netizen. 


"Hari ini, saya jalan-jalan di Kuala Lumpur. Terjumpa mereka yang hebat ini, Rafique dan Syamil. Mereka nak cari barang sukan di Pavillion sebab ada yang suruh cari di sini. 


"Masa mereka tanya saya Pavillion di mana, arah mereka ke arah Bukit Bintang. Selepas saya beritahu arah, saya rasa bersalah pula tak guide mereka. Saya terus kejar mereka semula. 


"Mereka ini buta sepenuhnya. Sepanjang perjalanan, banyak kami berkongsi cerita. Ini kali pertama mereka datang ke Pavillion. 


"Sewaktu naik lift, kami semua dah keluar. Kawannya seorang Syamil tertinggal di lift dan dia diam saja, ingatkan kami belum keluar lift. Nasib baik isteri perasan. 


"Selepas dari kedai sukan, saya terus hantar mereka ke MRT Bukit Bintang semula. Insan yang hebat, semoga berjaya di masa hadapan. Bye bye, semoga jumpa lagi," tulis Haris. 



Di penghujung video menunjukkan, isteri Haris menangis. Haris mengakui, isterinya mempunyai perasaan sensitif dan kebaikan yang dilakukannya mengundang rasa terharu dan sedih isterinya. 


Bagi sesetengah orang, video sebegini mungkin biasa sahaja. Tetapi, ramai netizen yang memuji kebaikan yang dilakukan pasangan ini. Tidak kurang juga yang mendoakan kebaikan pasangan berkenaan dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda olehNya. 



Sumber: TikTok HarisKacho, Twitter MalaysiaVirall



from The Reporter https://ift.tt/3s8Ai0Q
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3DS0G1v
via IFTTT

Budak perempuan diculik selepas keluar berjalan ke rumah anak jiran, 200 meter dari rumahnya


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan hilang dipercayai diculik di hadapan kediaman mereka dalam kejadian di Taman Teratai, Iskandar Puteri, Johor Bahru, petang semalam. 


Mangsa, Nur Damia Qaleesya bagaimanapun ditemui selamat oleh orang awam di belakang barisan rumah kedai, tidak jauh dari rumahnya selepas dilaporkan hilang selama enam jam. 


Bapa mangsa, Mohd Khairul Nizam Shafii, 34, berkata, kebiasaannya anak sulungnya akan keluar bermain dengan anak jirannya di hadapan rumah. Sebelum kejadian itu, mangsa sempat memaklumkan mahu bermain di rumah rakannya itu yang hanya terletak 200 meter dari rumah mereka jam 4.30 petang semalam. 


Lebih kurang jam 5 petang, anak keduanya, Nur Rania Qaisarah, 5, pulang dalam keadaan menangis memaklumkan Nur Damia Qaleesya menaiki kenderaan yang dipandu oleh lelaki yang tidak dikenali. 


Panik dengan hal itu, Mohd Khairul Nizam dan isterinya, Nur Aida R Mohd Thair, 34, terus keluar mencari Nur Damia Qaleesya di sekitar kawasan perumahan tetapi gagal menemuinya. Pasangan itu kemudian pergi membuat laporan polis. 


Enam jam kemudian mereka dihubungi polis yang memaklumkan anak mereka telah ditemui penduduk kira-kira jam 10.30 malam. Kes kehilangan kanak-kanak itu juga viral di media sosial sejak tengah malam semalam. 


Mohd Khairul Nizam bersyukur anaknya berjaya ditemui dalam keadaan selamat. Dia dan isterinya bergegas mendapatkan anak sulung mereka di lokasi. 


"Alhamdulillah anak perempuan saya berjaya ditemui selepas hilang hampir enam jam. Terima kasih kepada semua yang bantu cari anak saya selepas kisahnya diculik tular.


"Saya dan isteri menangis sebelum memeluk erat Damia. Tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu. Tiada kata-kata lain selain ucapan syukur kerana Damia selamat walaupun dia dilihat memakai pakaian berbeza berbanding ketika keluar petang semalam. 


Individu yang menemui mangsa, Aliffi Abd Rahim, 28, berkata, dia tidak menyangka gerak hatinya untuk makan di sebuah restoran yang baru dibuka di kawasan perumahan itu menemukannya dengan kanak-kanak berkenaan. 


Aliffi sebelum itu mengambil maklum mengenai posting kehilangan mangsa yang tular di media sosial dan sewaktu dalam perjalanan menuju ke restoran berkenaan, dia ternampak kelibat kanak-kanak perempuan di sebalik tembok di belakang deretan kedai di situ. 


"Saya turun dari kereta dan melihat lebih dekat wajah kanak-kanak perempuan itu. Kelihatannya sama seperti gambar wajah kanak-kanak yang dilaporkan culik yang kisahnya tular di media sosial. 


"Dia dalam keadaan bingung sebelum beritahu nama dia Damia. Saya cuba memujuk dengan beritahu akan membawanya pulang bertemu dengan ibu bapanya. Tetapi dia berkata, dia sedang menunggu seorang pakcik membelikan aiskrim untuknya. Akhirnya dia mengikut saya dan abang untuk dihantar pulang ke rumah," katanya.


Aliffi kemudian menyerahkan mangsa kepada anggota polis yang membuat kawalan di sekitar kediaman ibu bapa mangsa sebelum diambil keterangan untuk membantu siasatan. 


Sementara itu, Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai kes itu. 


Di media sosial pula, netizen turut memanjatkan rasa bersyukur mangsa berjaya ditemui semula. Dalam masa yang sama mempersoalkan tindakan sesetengah ibu bapa yang sewenang-wenangnya membiarkan anak yang masih kecil keluar dari rumah tanpa sebarang pengawasan. 


"Berapa ramai mak bapak yang aku tengok main lepas jer anak camtu. Kalau masuk mall tu dah macam taman permainan. Lari sana sini, sembunyi sana sini, sikit pun mak bapak tak hairan. Aku pula yang terlebih risau, duk tanya mana mak bapak diorang," kata Illa Mohd. 


"200 meter ke rumah kawan, jauh tu bagi budak kecik. Anak saya nak keluar pagar rumah pun saya tanya buat apa. Anak saya nak pergi mana-mana pun saya hantar. Seram dengan situasi sekarang," kata Ezlin Razak. 


"Entahlah, jangan yakin sangat biar anak main jauh-jauh. 200 meter jau htu. Anak aku pun 20 langkah dari aku pun aku dah menjerit. Lantaklah, anak-anak main depan mata, dalam rumah 24 jam rumah bersepah, janji anak sentiasa ada depan mata," kata Safura Ismail. 


Sumber: Harian Metro, Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/327ic4n
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3oUbwje
via IFTTT

Tuesday, 14 December 2021

'Dia tak dapat bermain, menangis atau demam, mukanya akan bertukar kebiruan' - Bayi hidap jantung berlubang, pasangan rayu dana RM13,000 untuk tanggung kos pembedahan


Sepasang suami isteri terpaksa mengandakan usaha mencari pendapatan bagi menanggung kos pembedahan anak perempuan mereka yang disahkan menghidap jantung berlubang sejak lahir. 


Pasangan Alif Luqman Azizan, 30, dan isterinya, Nuridayu Kamarudin, 31, dikurniakan cahaya mata, Nur Aina Rizqin Alif Luqman yang kini berusia 18 bulan. Mereka sekeluarga pada waktu ini menumpang di rumah ibu Nuridayu di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Melaka. 


Difahamkan, kos pembedahan Nur Aina berjumlah RM20,000 dan pihak Hospital Serdang memberi pasangan itu tempoh selama tiga bulan sejak Oktober lalu untuk menyediakan dana tersebut. 


Dalam tempoh itu, Alif Luqman hanya menjual air balang dan bekerja di kedai makan dengan pendapatan RM40 hingga RM50 sehari. Sementara itu, Nuridayu yang menghidap sakit buah pinggang kronik dan asma juga mengambil tempahan acar buah untuk membantu mengumpul dana. 


Setakat ini, mereka berjaya mengumpul RM7,000 sahaja. Pasangan itu kini buntu memikirkan cara untuk mencari baki RM13,000 dan bimbang jika pihak Hospital Serdang menghubungi mereka untuk menggesa melakukan pembedahan tersebut. 


"Kami bimbang bulan Disember ini, pihak hospital akan menghubungi kami untuk pembedahan anak kami yang perlu dilakukan secepat mungkin. Bagaimanapun, dana yang diperlukan belum cukup dan harap orang ramai dapat membantu agar anak kami berpeluang menikmati kehidupan seperti anak-anak lain," katanya. 


Pada awal kelahiran, Nur Aina disahkan menghidap jantung berlubang dan ketika itu terdapat dua lubang. Ketika berusia empat bulan, salah satu lubang telah tertutup sendiri dan doktor memaklumkan lubang yang ada dikhuatiri akan turut membesar mengikut pembesaran anaknya. 


Keadaan itu juga menyebabkan si kecil itu tidak boleh bermain terlalu penat, menangis atau demam kerana bahagian dada dan mukanya akan bertukar kebiruan. 


Bagi yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank RHB milik Nuridayu 15408600027033.


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/3s6WQz7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3EWbehl
via IFTTT

Jangan teruja sangat jumpa muntah ikan paus konon boleh jadi kaya + tetiba mengaku sedara ekspress


Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlalu teruja dengan berita penemuan muntah ikan paus atau ambergris yang kononnya boleh mengubah nasib sesiapa sahaja yang menemuinya dengan menjadi kaya sekelip mata.


Ini kerana, tiada lagi rakyat Malaysia yang menjadi 'jutawan segera' atau mendapat wang yang banyak setelah menjumpai muntah ikan paus di perairan negara setakat ini.


Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Hasrizal Shaari berkata pengesahan ketulenan perlu dibuat untuk memastikan sama ada ketulan ambergris yang ditemukan itu mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam industri minyak wangi atau hanya kandungan lemak semata-mata.


"Bersesuaian dengan harganya yang sangat tinggi di pasaran, ketulenan ambergris perlu melalui satu analisis makmal yang kompleks dan perlu dirujuk kepada satu standard yang khusus.


"Setakat ini, UMT adalah satu-satunya universiti di Malaysia yang berupaya untuk menentusahkan ketulenan sampel ambergris itu berdasarkan kepakaran PPPL yang turut dibantu oleh pakar di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT serta Universiti Plymouth di England," katanya ketika ditemui pemberita semalam.


Ambergris adalah bahan berwarna kelabu atau kehitaman kusam yang padat, berlilin dan mudah terbakar. Bahan berharga ini dihasilkan oleh rembesan saluran hempedu yang terdapat di dalam sistem pencernaan ikan paus sperma.


Ambergris sangat dihargai oleh pembuat minyak wangi sebagai bahan penetap yang membolehkan aroma minyak wangi tahan lebih lama, namun kesukaran mendapatkan ambergris menyebabkan kebanyakannya kini digantikan oleh ambroksida sintetik.


Semalam, media melaporkan seorang wanita dari Kemaman menjumpai 'emas terapung di lautan' itu ketika memancing berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada akhir November lepas.


Mengulas lanjut, Hasrizal berkata muntah ikan paus yang bernilai tinggi akan mempunyai bahan aktif yang terdiri daripada tiga bahan utama iaitu ambrein (25 hingga 45 peratus), epicoprosterol (30 hingga 40 peratus) dan coprostanone (tiga hingga empat peratus).


"Tanpa kandungan tiga bahan aktif berkenaan ketulan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai. Setakat ini, PPPL UMT telah melakukan analisis bagi menentusahkan ketulenan 18 sampel yang dipercayai ambergris sebelum ini.


"Kesemua 18 sampel yang dihantar untuk dilakukan ujian itu tidak menunjukkan kehadiran tiga bahan aktif yang menjadi elemen penting kepada ketulenan sesuatu sampel ambergris dan ia langsung tidak mempunyai harga di pasaran," katanya.


Untuk menjalankan proses tersebut, UMT mengenakan sedikit bayaran untuk membuat analisis dan keputusannya boleh diketahui dalam tempoh seminggu.


Sehubungan itu, UMT sedia menawarkan kepakarannya untuk mengesahkan ketulenan muntah ikan paus atau ambergris yang dijumpai wanita tersebut untuk memudahkannya membuat keputusan.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3IM0LaJ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3yrt4pT
via IFTTT

Kerajaan tak patut benarkan rakyat keluarkan wang simpanan KWSP, elak jadi miskin di hari tua


Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata tidak perlu ada lagi skim pengeluaran daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ahlinya mencapai umur persaraan 60 tahun untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi.


Dalam kenyataan semalam, MEF berkata pihaknya amat bimbang bahawa pengeluaran daripada simpanan ahli KWSP baru-baru ini melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM101.1 bilion mendedahkan ahli kepada risiko tergolong dalam kemiskinan hari tua.


Pada masa ini, sebanyak 48 peratus daripada ahli KWSP di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan yang amat rendah.


"Kerajaan tidak seharusnya membenarkan lagi pengeluaran. Bagi menambah simpanan KWSP, ahli yang membuat pengeluaran daripada simpanan KWSP mereka perlu bekerja selama empat hingga enam tahun hanya untuk menampung jumlah yang mereka keluarkan sepanjang tempoh COVID-19," kata Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman.


Beliau berkata berdasarkan umur persaraan yang dijangka tidak dinaikkan, pekerja tersebut tidak akan mempunyai simpanan KWSP yang mencukupi untuk persaraan mereka.


"Dengan Malaysia mencapai jumlah penduduk yang semakin berusia menjelang 2030 dan dalam semangat sebenar Keluarga Malaysia, kerajaan turut bertanggungjawab untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menjalani kehidupan yang normal.


"Kerajaan perlu memikirkan skim lain untuk membantu mereka daripada mengeluarkan simpanan KWSP yang bertujuan untuk keperluan hari tua.


"Tanggungjawab ini tidak boleh diserahkan kepada pekerja individu. Sebagai warganegara, sepanjang hayat dan kerjaya mereka, mereka telah banyak menyumbang kepada negara. Ia adalah peranan negara untuk menjaga mereka apabila mereka bersara," katanya.


MEF turut mencadangkan dasar semasa yang membenarkan satu pertiga pengeluaran selepas 50 tahun dan pengeluaran semua simpanan KWSP pada umur 55 tahun dikaji semula.


"Berdasarkan umur persaraan dinaikkan daripada 55 kepada 60 tahun, tidak lagi relevan untuk KWSP membenarkan ahli mengeluarkan simpanan KWSP apabila mencapai umur 55 tahun," katanya.


Beliau berkata berdasarkan situasi semasa amat membimbangkan apabila mendapati bahawa hanya tiga peratus daripada rakyat Malaysia mampu bersara dengan selesa.


"Ini jelas bahawa terdapat keperluan segera untuk penyelesaian yang meluas meliputi program jaringan keselamatan sosial yang berkesan, dasar pasaran buruh yang kukuh, pertumbuhan ekonomi yang mampan, kemahiran semula dan peningkatan kemahiran tenaga kerja serta dasar untuk menggalakkan automasi dan pendigitalan untuk membantu meningkatkan produktiviti dan menjadikan penguasaan ekonomi lebih besar supaya pekerja mempunyai peluang yang lebih baik untuk memperoleh lebih pendapatan, seterusnya meningkatkan caruman mereka kepada KWSP," katanya.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3DSvNK9
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/321Phiq
via IFTTT

Caj RM1 bagi pengeluaran wang di mesin ATM akan dikenakan semula mulai Februari 2022?


Awal pandemik Covid-19  tahun lalu, kerajaan pada 6 April 2020 (Isnin) telah memutuskan pengecualian caj RM1 di semua mesin juruwang automatik (ATM) bagi mengelakkan berlaku kesesakan apabila mengeluarkan wang. 


Ini berikutan kerajaan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan penjarakan sosial bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang sedang meningkat secara mendadak pada ketika itu. 


Menurut Menteri Kanan Keselamatan pada waktu itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian itu akan bermula sehingga berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 


Dalam perkembangan terkini, portal Ringgit.com melaporkan, caj pengeluaran untuk ATM antarabank akan kembali pada Februari 2022 dan perkara ini telah pun diumum oleh pihak Citibank, CIMB dan juga KFH, manakala bank-bank yang lain belum mengeluarkan sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara itu. 



Di media sosial, majoriti netizen tidak bersetuju dengan caj RM1 yang dikenakan kerana berpendapat rakyat masih terkesan dengan pandemik Covid-19. 


"Jadi, selepas dua tahun menderita dan hadap lockdown, rakyat tiba-tiba meraih banyak duit dan mampu membeli segala-galanya? Tahu nilainya cuma RM1 tetapi rakyat masih berkerja keras untuk mencari duit dan apatah lagi sekarang ditekan pula dengan harga barang naik serta dikenakan caj-caj yang lain," kata Sanjiyven. 


"Yang aku pelik, tak boleh ke korang (bank) caj 1 sen je? Apa p****k caj sampai seringgit? Apa fungsi MEPS ni pun aku tak tahulah. Dah 2021 pun masih jadi bangsat curi duit orang," kata Arif Jumat. 


"Tak payah merepek ya Allah. Gaji RM1,200 tolak semua. Kadang-kadang orang sampai tahap RM10 pun dia nak withdraw tapi kena caj RM1. Haih, nak kekalkan untuk overseas bank tak apalah. Ini local," kata Farihan Jaffar. 


"Bank-bank hanat ni tak cukup-cukup untung ke?" kata JJo. 



Sumber: Twitter 1Rnggt



from The Reporter https://ift.tt/3m1QEEM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3dSxGvU
via IFTTT

(Video) 'Bangang apa laki camni sampai anak menangis?!' - Suami pecahkan cermin kereta isteri, enggan peduli serpihan kaca terkena pada anak


Tular di media sosial tindakan seorang lelaki memecahkan cermin kereta isterinya dengan kasar walaupun tahu anak mereka berada di tempat duduk penumpang hadapan. 


Tindakan kasar lelaki itu mengundang kemarahan netizen kerana bukan sahaja bertindak di luar batasan, malah sanggup mengabaikan keselamatan anak sendiri. 


Tidak diketahui punca sebenar kejadian, tetapi pengadu yang dikenali sebagai Amira Nabila menjelaskan, dia dan suami dalam proses perceraian dan sudah tidak tinggal bersama sejak April lalu. 


Menurut Amira lagi, kejadian itu berlaku pada pagi semalam ketika dia mahu keluar bekerja sebelum didatangi oleh suaminya yang menunggang motosikal. 


"Letih la, pagi-pagi aku kalut nak pergi kerja, celah-celah tu juga nak mai buat hal. Depan anak-anak juga nak tunjuk kelakuan (buruk). 


"Konon tu nak bagi duit dekat anak hang, ingatkan nak hulur beda beli susu, pampers anak. Sekali tu duit aku yang melayang. Family aku dah la tak hebat, tak pasal kena repair cermin kereta. Seratus dua pun main dengan family tak hebat ni nampak nilai tu besar. Boleh beli susu, pampers anak untuk stok dua minggu!" tulisnya di Facebook. 


Amira menegaskan, dia sengaja membuka cermin keretanya sedikit sahaja kerana sebelum ini lelaki berkenaan pernah melarikan dokumennya yang diletakkan dalam kereta. 


"Kalau buka tingkap full, memang kena jerat la macam sebelum ini yang dah terjadi. Lagipun aku berhati-hati kali ini sebab dia pernah ugut nak ambil kereta aku sebelum ni. Siap kata nak bakar lagi. 



"Dah berkali-kali juga dok berebut kunci kereta dengan aku, sampai angin tayar dibuang pun ada. Jadi, aku dah sampai tahap tak larat nak menghadap benda ni. 


"Aku jelaskan siap-siap sebelum ada orang lain putar belit cerita jadi lain dan kemudian tuduh aku putar belit cerita bagi mengeruhkan keadaan ke, apa ke. Aku ada video ini sebagai bukti. Post aku bukan nak provok sesiapa, cuma kalau rasa terprovok, check balik. Salah tetap salah," tulisnya. 



Sementara di media sosial, netizen mengecam tindakan si suami yang jelas sekali gagal mengawal diri dan tidak bertanggungjawab. Tindakannya itu bukan sahaja boleh mendatangkan kecederaan pada anak, juga boleh menyebabkan anaknya mengalami trauma. 


"Report polis! Sakit hati betul tengok lelaki macam ni. Anak tu kena kaca tau, biadab kau! Dunia kau lepas, akhirat nanti kau mendapat," kata Nurul. 


"Malunya kaum lelaki. Lagi malu sebab rupa tak ada. Perangai pun tak seberapa. Pendek kata pakej la duk kat abang ni. Perempuan kalau nak cari lelaki, kenallah lama-lama dulu, jangan orang duk kata tak laku terus nak pergi kahwin awal ke apa. Kahwin ini kadang ikut nasib juga, dapat yang perangai elok senang rumah tangga. Dapat perangai macam ni, serabut kepala," kata Shafiq. 


Sumber: Facebook Amira Nabila



from The Reporter https://ift.tt/3e62Ikd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33yqSBT
via IFTTT

'Kau dah kenapa sumbat 'burung' dalam tu?!' - Kemaluan lelaki tersekat selepas tergoda dengan soket paip PVC


Entah apa motifnya, namun perbuatan lelaki berusia 43 tahun ini menyumbat kemaluannya dalam soket paip PVC mengundang padah apabila dia terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam selepas gagal mengeluarkan kemaluannya itu.


Mangsa yang tidak dapat menahan kesakitan itu terpaksa pergi ke Hospital Lawas untuk meminta bantuan. Pihak hospital bagaimanapun menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Lawas) kira-kira jam 7 pagi untuk meminta bantuan kepakaran.


Ketua BPP, Azman Ibrahim berkata, sebaik saja anggotanya tiba di hospital, pasukannya mendapati mangsa telah memasukkan soket PVC di kemaluannya sehingga tersekat dan tidak dapat dikeluarkan. 


Akibatnya, anggota bomba terpaksa memotong soket tersebut menggunakan peralatan memotong khas bagi menyelamatkan kemaluan mangsa. 


"Kami memotong soket paip terbabit menggunakan alat pemotong khas. Selepas hampir sejam, akhirnya soket paip terbabit dapat dipotong dan dikeluarkan daripada kemaluan mangsa," katanya. 


Sumber: Utusan Borneo, Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3oTvJ8N
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3m3CkMe
via IFTTT

Berang ditegur tonton video lucah punca suspek pukul mangsa, 10 pelajar terbabit dalam kes buli dibuang MRSM serta-merta


Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid hari ini mendedahkan, siasatan pihaknya mendapati kes buli yang berlaku di asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar baru-baru ini adalah berpunca dari tindakan mangsa menasihati salah seorang suspek berhenti menonton video lucah. 


Hasil siasatan itu katanya diperolehi daripada mangsa buli yang menjelaskan dia sebelum itu menegur salah seorang suspek untuk tidak meneruskan perbuatan yang tidak bermoral itu. 


"Kita sudah menemubual mangsa dan mendapati punca pergaduhan atau mengapa dibuli kerana mangsa dikatakan menasihati salah seorang suspek supaya jangan menonton video lucah melalui telefon bimbit. 


"Mangsa mengatakan, kalau tidak berhenti menonton video lucah, dia akan mengadu dengan guru atau warden. Jadi, ia dikatakan menjadi punca suspek bertindak untuk memukul atau membuli mangsa," katanya. 


Tindakan mangsa itu juga mengundang kemarahan enam suspek lain dan salah seorang pelajar Tingkatan 3 mengarahkan enam suspek terbabit menumbuk dan menendang mangsa. 


Sehari selepas kejadian buli itu, kesemua pelajar diarahkan pulang ke kediaman masing-masing pada 10 Disember kerana cuti semester. 


Setakat ini, 10 suspek yang dipercayai terbabit dengan kes buli termasuk pelajar yang bersubahat telah ditangkap sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. 


Selain itu, sebanyak 11 buah telefon bimbit telah dirampas dan akan dihantar ke forensik untuk diperiksa kandungannya. 


Polis akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya dan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut sebaik saja semua siasatan selesai dilakukan. 


Ketika ini, mangsa masih menerima rawatan di sebuah hospital di Selangor kerana mengalami kecederaan tisu lembut akibat dari dipukul suspek. Mangsa dilaporkan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. 


Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azhar Abdul Manaf memaklumkan, 10 pelajar yang terbabit dalam kes buli itu ditamatkan pengajian serta-merta berkuatkuasa hari ini. 


Mara katanya, amat memandang serius kegiatan buli yang berlaku dan hukuman itu diambil menunjukkan bahawa pihaknya sangat tegas dan tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku yang membabitkan pelajarnya. 


"Keputusan penamatan pengajian itu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM. Ibu bapa pelajar berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan dibuat jawatankuasa," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3EUXnb4
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3oUD3kI
via IFTTT
loading...