Banyak rungutan yang diterima dari rakyat ekoran bil elektrik terlalu tinggi dan tidak munasabah.
"Bila jumlah bil untuk tiga bulan sepanjang PKP dan dibahagikan kepada tiga bulan untuk mendapatkan purata sebulan, purata sebulan itu sangat ketara luar biasa tingginya berbanding bil bulanan yang biasa sebelum PKP.
"Pada pandangan saya, ada kekeliruan dalam memahami teknik pengiraan bil elektrik sepanjang tempoh PKP itu.
"Saya juga mohon jasa baik pihak TNB membuat semakan semula bila yang dibuat aduan bagi meredakan keresahan rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Amzad turut memaklumkan bahawa mekanisme pengebilan itu sebenarnya telah disemak dan dipersetujui oleh Suruhanjaya Tenaga dan kerajaan juga telah mengeluarkan beberapa kaedah untuk meringankan beban rakyat.
"TNB tidak mengenakan caj yang berlebihan kepada para pengguna dan sekiranya terdapat lebihan bayaran, ia akan dikreditkan atau dipulangkan semula kepada pengguna.
"Tiada sebarang aktiviti pemotongan bekalan elektrik akan dilakukan sehingga 31 Julai 2020, sekiranya pengguna elektrik lewat membayar bil mereka," jelasnya.
Difahamkan, bil TNB dikira menerusi anggaran secara purata bagi bulan Mac, April dan Mei, yang dibuat berdasarkan jumlah penggunaan elektrik pada bulan sebelumnya memandangkan operasi membaca meter tidak dapat dijalankan dalam tempoh PKP.
Namun pada bulan Mei, operasi itu disambung semula dan bil elektrik dikeluarkan berdasarkan penggunaan sebenar elektrik bagi bulan-bulan yang dibuat anggaran tersebut.
Jumlah bil sebenar mungkin lebih tinggi atau lebih rendah berbanding bil anggaran dan akan diselaraskan semula mengikut bil sebenar pada bulan berikutnya.
Sumber: MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/30CpYAJ
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3e4jZbQ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment