loading...

Friday, 29 May 2020

Sami penggal kepala member untuk akhiri pandemik koronavirus


Seorang sami didakwa memenggal kepala lelaki berusia 52 tahun di dalam kuil Brahmani Devi di kampung Bandhahuda, Narsinghpur, India, semalam. 

Kejadian itu terbongkar selepas sami terbabit, Sansari Ojha, 70, menyerah diri di balai polis. 

Polis mengenal pasti mangsa sebagai Saroj Kumar Pradhan, 52, dari kampung Bandhahuda. 

Ojha mengaku melakukan jenayah itu sekitar jam 1 pagi Khamis selepas bergaduh dengan Pradhan mengenai pandemik koronavirus. 

Dalam keterangannya, Ojha mendakwa dia telah dikunjungi oleh dewa yang meminta dia untuk memenggal kepala mangsa bagi mengakhiri pandemik koronavirus. 

Sami itu kemudian memenggal kepala mangsa dengan menggunakan sabit.

Siasatan polis mendapati, Ojha dan Pradhan menghisap ganja pada malam kejadian itu berdasarkan penemuan beberapa sampel di tempat kejadian. 

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat. 



from The Reporter https://ift.tt/3deqxnM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ZL0joY
via IFTTT

Tarikh akhir rayuan permohonan BPN, 31 Mei 2020


Tarikh akhir permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ialah pada 31 Mei ini (2020), kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

“Rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke cawangan LHDNM atau mengemukakan e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my,” menurut LHDN dalam satu kenyataan hari ini.

Pemohon boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPN yang dimuat naik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian pantas;


Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui;

1) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara);

2) HASiL Live Chat;

3) Borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas;


4) Media sosial rasmi; https://ift.tt/39OIsPb atau https://twitter.com/LHDNMofficial. 

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2XHVQka
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2XFCBb1
via IFTTT

Aktiviti PdP secara online dilaksanakan sehingga 31 Disember 2020


Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) perlu dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember ini dan aktiviti PdP secara bersemuka tidak dibenarkan, demikian menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Namun, KPT memberikan pengecualian kepada lima kategori pelajar berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat bagi melaksanakan PdP.

Kebenaran serta-merta itu diberikan kepada pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan di Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) untuk menyambung penyelidikan dengan kadar segera.

"Kelonggaran ini hanya dibenarkan kepada pelajar yang berkeperluan hadir secara fizikal ke makmal, bengkel, studio reka bentuk atau memerlukan peralatan khusus bagi menjalankan penyelidikan," menurut KPT dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi pelajar semester atau tahun akhir pengajian peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang perlu melaksanakan kerja klinikal, latih amal, makmal, bengkel, studio reka bentuk, praktikal atau yang memerlukan peralatan khusus, mereka dibenarkan untuk melaksanakan PdP di kampus seawal 1 Julai ini, jelas KPT.

KPT juga memaklumkan bagi pelajar semester atau tahun akhir yang tidak mempunyai akses serta persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian, mereka dibenarkan pulang ke kampus seawal 1 Julai ini, dan menggunakan infrastruktur di kampus bagi PdP secara dalam talian, katanya.

Bagi pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik dan Kolej Komuniti yang perlu mendapat bimbingan secara bersemuka bagi melaksanakan PdP kerana masalah pembelajaran adalah dibenarkan pulang seawal 1 Ogos 2020.

Mengenai pelajar baharu bagi sesi akademik 2020/2021 di semua UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti bagi kemasukan ke peringkat Sijil, Asasi dan Diploma untuk lepasan SPM serta kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi lepasan STPM/setaraf, kemasukan mereka adalah secara berperingkat, jelasnya.

Menurut KPT, kemasukan bagi pelajar Sijil dan Diploma Politeknik serta Kolej Komuniti adalah seawal 1 Julai 2020.

Kemasukan pelajar Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTS pula seawal 1 Julai 2020; manakala kemasukan pelajar Asasi dan Diploma di UA seawal 1 Ogos 2020, maklumnya.

Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah mod penyelidikan di UA dan IPTS pula adalah seawal 1 Oktober ini.

Menurut KPT, pelaksanaan aktiviti akademik di kampus perlu mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan mengutamakan langkah keselamatan serta penjarakan sosial.

"Penetapan ini adalah tertakluk kepada arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa," katanya.

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2XJuMBj
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/36Hyuzu
via IFTTT

Thursday, 28 May 2020

Bengang dengar bunyi bising, bapa pukul kepala 2 anaknya dengan batu bata sehingga mati


Seorang bapa tergamak memukul dua anaknya yang masing-masing berusia dua dan lima tahun sehingga mati kerana tidak tahan dengan bunyi bising dari dua beradik itu yang sedang bermain. 

Kejadian itu berlaku di perkampungan Banethu, Sant Kabir Nagar, India pada malam Ahad lalu.

Peristiwa itu membuatkan ramai penduduk berduka dan tidak menyambut perayaan Aidilfitri pada Isnin. 

Suspek telah ditahan dan mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke pusat perubatan untuk dibedah siasat.

Menurut jurucakap polis, suspek yang dikenali sebagai Zainul Abdeen, 35, telah bercerai dengan isterinya, Shahida, setahun lalu. Dua anak perempuannya, Mosiba, 5, dan Alsiba, 2, tinggal bersama Zainul. 

"Pada malam Ahad, dua beradik itu bermain di dalam rumah dan menimbulkan bunyi bising membuatkan bapa mereka bengang. 

"Zainul kemudian mengambil batu bata lalu memukul kepala dua anaknya sehingga mati. 

"Polis tiba di rumah suspek selepas dimaklumkan oleh penduduk dan Zainul ditahan untuk siasatan," kata jurucakap polis itu. 

Sumber: Gulf News


from The Reporter https://ift.tt/2yEW0Am
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3esNeEM
via IFTTT

Sekolah & institusi pendidikan lain mungkin akan dibuka semula jika kes Covid-19 kekal rendah


Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sekolah dan institusi pendidikan lain mungkin akan dibenarkan dibuka semula jika kes baru Covid-19 menunjukkan trend menurun sehingga 9 Jun. 

Beliau berkata, pihaknya perlu menunggu sehingga minggu pertama bulan Jun sebelum membuat keputusan tersebut bagi meneliti kesan dan akibat dan sambutan Aidilfitri baru-baru ini. 

"Dari segi kes harian, jika kita dapat (angka) dua digit yang lebih rendah atau satu digit, dan mengekalkannya hingga 9 Jun, mungkin kita dapat membuka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan," katanya. 

Dalam pada itu juga, Noor Hisham menegaskan, masyarakat perlu berdisiplin dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar usaha mencegah wabak ini dapat dihentikan.

"Kita percaya, jika kita dapat melakukannya, kita dapat menurunkan jumlah kes (lebih rendah). 

"Mungkin pada minggu pertama bulan Jun, kita akan melihat apakah musim perayaan ini memberi kesan kepada rakyat Malaysia," katanya. 

Sumber: Malaysiakini


from The Reporter https://ift.tt/2AgFlUl
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3et3HJ4
via IFTTT

Batal lesen memandu pemandu mabuk seumur hidup


Enam badan bukan kerajaan (NGO) Selangor menyarankan kerajaan mengenakan tindakan paling tegas terhadap pemandu mabuk termasuk hilang kelayakan memandu seumur hidup.

NGO berkenaan ialah Pergerakan Belia 4B Kota Raja, 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Alumni 4B Parlimen Kota Raja, Pertubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bandar Botanik Klang, Pertubuhan Integrasi Nasional serta Persatuan Kebajikan Hindu dan Sosial Selangor.

Wakil kumpulan NGO itu Mohd Azhar Osman berkata gesaan berkenaan dibuat berikutan nahas jalan raya yang disebabkan oleh pemandu mabuk bukan isu baharu namun sehingga kini belum ada tindakan keras diambil menyebabkan kejadian sama terus berlaku.

“Walaupun kerajaan sedang jalankan kajian (berkaitan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987), namun harus ada tindakan segera yang mesti diambil bagi mengelakkan kemalangan berpunca daripada pemandu mabuk ini terus terjadi.

“Kami cadangkan agar mana-mana pemandu yang diuji pernafasannya (oleh pihak berkuasa) melebihi kandungan alkohol dibenarkan atau mereka yang mengakibatkan kemalangan kerana mabuk, dibatalkan lesen memandu mereka seumur hidup sebagai amaran kepada masyarakat supaya lebih bertanggungjawab,” katanya pada sidang media, di Klang hari ini.

Seorang lagi wakil kumpulan NGO itu, Datuk Nor Shabudin Monil pula menyarankan kerajaan mengehadkan lokasi penjualan minuman keras bagi memudahkan pemantauan pembelian.

“Sudah tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang untuk mengetatkan penjualan minuman keras hanya di premis tertentu saja. Ambil contoh negara maju yang menjual arak secara terhad.

“Ada juga negara sudah pun meluluskan draf pindaan akta untuk mengenakan hukuman mati kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut. Diharap kerajaan dapat melihat isu ini dengan lebih teliti supaya tiada lagi rakyat yang menjadi mangsa pemandu mabuk,” katanya.

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/3guZINX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3epJOTl
via IFTTT

Wednesday, 27 May 2020

15 kes positif Covid-19 hari ini


Jumlah kes positif hari ini mencatat angka paling rendah dengan 15 kes sejak  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lepas dan kembali pada dua angka selepas dua hari berturut-turut mencatat kes tiga angka. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 7,619 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 1,421 kes.

“Ingin dimaklumkan daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada sembilan kes penularan tempatan pula, empat kes adalah bukan warganegara Malaysia.

“...sebanyak lima kes adalah penularan tempatan dalam kalangan warganegara Malaysia,” katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 115 kes, katanya.

Kes positif COVID-19 terendah direkodkan sebelum ini adalah sebanyak 16 kes pada 12 Mei lepas.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini, Malaysia telah menyumbang kepada 0.14 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 seluruh dunia.

"Peningkatan kes positif COVID-19 yang dilaporkan sejak beberapa hari lepas adalah disebabkan oleh pengesanan kes-kes COVID-19 di beberapa Depoh Tahanan Imigresen (DTI) dan lain-lain kluster aktif yang melibatkan bukan warganegara Malaysia.

“Ini adalah susulan tindakan pendekatan tertumpu kerajaan dalam membendung penularan kes COVID-19,” katanya.

Beliau berkata penurunan kes penularan tempatan adalah selaras dengan unjuran KKM sebelum ini dan hasil tindakan kesihatan awam yang dilaksanakan sejak satu bulan lepas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/3cawY9Y
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2M4j4LS
via IFTTT

6 rider food delivery didakwa atas tuduhan melakukan rusuhan


Enam penghantar makanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rusuhan di sebuah restoran di Bandar Puteri, Puchong di sini minggu lepas.

Muhammad Hafiz Yusnan, 21, Muhamad Izzat Abd Bari, 22, Mohd Syukri Achyar, 39, Wan Hafizie Wan Hanapi, 28, S.Jaya Nantha Kumaran, 31, dan Amirul Zahari Zailani, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Kesemua tertuduh didakwa bersama-sama 10 orang lagi yang masih bebas melakukan rusuhan itu pada  6.20 petang 18 Mei lepas mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nor Ariffin membenarkan kesemua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,500 serta seorang penjamin bagi setiap orang dan menetapkan 13 Julai  untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim sementara Muhamad Izzat dan Mohd Syukri diwakili peguam Kailash Sharma, Jaya Nantha Kumaran diwakili peguam Zolazrai Zolkapli manakala tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Sumber: Bernama

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2TFJIPs
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3goNO8p
via IFTTT

8 individu didakwa mengugut & menendang warga emas yang menyerang Rider (wanita) Food Panda


Lapan individu dijangka akan didakwa atas tuduhan mengugut dan menendang lelaki yang didakwa menyerang wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan baru-baru ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh mangsa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan. 

"Lelaki itu mendakwa dia ditendang dan diugut di sebuah restoran di Puchong pada 18 Mei 2020. 

"Kami akan mendakwa lapan suspek bersama dengan 10 individu yang lain yang masih bebas, di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada pagi Rabu (27 Mei)," katanya semalam. 

Terdahulu, mangsa didakwa menunjuk isyarat lucah dan menendang seorang wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan dalam video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang viral di media sosial.

Lelaki yang dikenali sebagai Hii King, 61, telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis 21 Mei 2020, tetapi mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan itu. 

Pada pertuduhan pertama, Hii didakwa menendang dan mencederakan Shazleen Shazmi, 26, di Bandar Puteri, Puchong, pada jam 4.10 petang 18 Mei 2020 di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Pertuduhan kedua, Hii didakwa memalukan kesopanan wanita itu dengan menunjukkan jari tengah padanya pada kejadian yang sama di bawah Seksyen 5509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Polis telah mengambil keterangan dari Hii dan Shazleen setelah kedua-duanya membuat laporan polis berasingan. 

Shazleen mendakwa dia telah ditendang dan ditunjuk isyarat kasar oleh Hii, sementara Hii pula mendakwa dia telah ditendang dan diancam oleh sekumpulan orang di sebuah restoran. 

Sumber: The Star


from The Reporter https://ift.tt/3elUgv1
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ZEuLAZ
via IFTTT

Pelakon muda larikan bini orang ditahan polis


Polis menahan seorang pelakon lelaki berusia 23 tahun yang didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Suspek ditahan pada jam 9 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di IPD Ampang. Polis turut merampas telefon bimbit untuk membantu siasatan selepas suami kepada wanita terbabit membuat laporan. 

Menurut sumber dari Harian Metro, pelakon itu membawa lari isteri orang yang juga merupakan pengurusnya yang berusia 24 tahun kelmarin. Perkara itu hanya disedari oleh suaminya selepas pulang ke rumah pada jam 8 malam. 

Tambah sumber, pasangan itu menjalinkan hubungan terlarang sejak tahun lalu selepas wanita itu bekerja dengan suspek, sehingga keluar dari rumah dan mengikut pelakon berkenaan. 

Susulan laporan polis yang dibuat oleh suami kepada wanita itu, polis telah memanggil suspek untuk membantu siasatan sebelum ditahan. 

Semakan juga mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan dadah. 

Suspek direman hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336). 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/3d48Bfy
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3gqLAWg
via IFTTT

Tuesday, 26 May 2020

23 individu dikompaun RM1,000 seorang kerana gigih hadir jamuan raya


Seramai 23 individu masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati berhimpun pada satu majlis jamuan Aidilfitri di sebuah rumah di Simpang Setia Jaya Guar Chempedak, Gurun malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata tindakan dikenakan selepas kesemua mereka melanggar perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan penguatkuasaan PKPB di sekitar daerah ini telah menerima maklumat mengenai penganjuran majlis itu pada pukul 8.30 malam sebelum bergegas ke lokasi dan mendapati seramai 23 individu termasuk tuan rumah berhimpun di rumah tersebut.

“Pemilik rumah telah mengaku menjemput rakan dan saudara ke rumahnya untuk jamuan itu dan pemilik rumah mengatakan ada dalam kalangan yang hadir adalah rakan kepada rakan baiknya dan tidak mengenali mereka,” kata Shahnaz Akhtar dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, kesemua individu terbabit terdiri daripada 22 lelaki dan seorang perempuan, kesemuanya berusia antara 19 hingga 25 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Yan dan dikeluarkan surat kompaun.

“Kompuan dikenakan selepas mereka didapati melanggar arahan Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 iaitu aktiviti berhubung perayaan yang boleh menyebabkan ramai orang berhimpun,” katanya.

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2ZEHe7V
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3gl2S77
via IFTTT

(Video) Gaduh dengan boyfriend, ibu campak bayi di lobi hotel


Seorang wanita muda warga Itali tergamak mencampak bayinya ke lantai ketika bergaduh dengan teman lelakinya di sebuah hotel di Romania, menyebabkan mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, tinggal di hotel tersebut selepas terkandas di negara berkenaan susulan pelaksanaan perintah berkurung bagi mengekang penularan wabak Covid-19. 

Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) hotel yang terletak di bandar Timisoara, Romania barat.

Menurut laporan media tempatan, wanita berkenaan tinggal di hotel itu semenjak melahirkan bayinya (pramatang) di Hospital Bersalin Bega, dua bulan lalu. Kedatangannya ke bandar itu untuk menziarahi teman lelaki yang juga merupakan bapa kepada bayinya. 

Bayi pasangan itu yang dilahirkan pra-matang terpaksa ditahan di hospital untuk pemantauan doktor sebelum dipindahkan ke Hospial Louis Turcanu dan tidak lama selepas itu, bayi berkenaan dibenarkan pulang. 

Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak dapat pulang ke Itali ekoran perintah berkurung yang dilaksanakan dan terpaksa menetap di hotel di mana kos penginapan dibiayai oleh ibu bapanya. 

Bapa kepada bayi itu sering datang melawat tetapi difahamkan pasangan berkenaan bertengkar sebelum kejadian itu berlaku. 


Bayi itu kemudian menjalani pemeriksaan bagi memastikan dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius pada kepala dan tulang belakangnya. Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa mengalami kecederaan otak traumatik. 

Mangsa kini ditempatkan di ICU dan masih dirawat di Hospital Louis Turcanu.

Sementara ibunya yang berusia 21 tahun, yang juga mempunyai anak berusia tiga tahun di Itali, ditahan untuk siasatan lanjut. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/3c5pzZt
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ZG8aUA
via IFTTT

Face mask bahaya untuk budak bawah umur 2 tahun, boleh menyebabkan kesukaran bernafas - Pakar Jepun


Kanak-kanak di bawah usia dua tahun tidak digalakkan memakai face mask kerana boleh menyebabkan mereka mengalami kesukaran bernafas dan berisiko tinggi untuk diserang strok haba, demikian amaran dari pakar Jepun. 

Persatuan Paediatrik Jepun telah mengeluarkan peringatan kepada golongan ibu bapa agar tidak memakaikan face mask pada bayi yang berusia dua tahun ke bawah, meskipun pihak berkuasa Jepun menyarankan semua individu memakai face mask bagi mengekang penularan wabak koronavirus atau Covid-19. 

Dalam risalah yang dikeluarkan kepada orang awam, badan perubatan Jepun mengingatkan bahawa, bayi akan mengalami peningkatan beban pada paru-paru ekoran pemakaian face mask. 

Tambahan, face mask yang digunakan juga menutup hampir keseluruhan wajah anak sehingga menyukarkan ibu bapa untuk melihat perubahan ekspresi atau warna pada wajah anak yang menunjukkannya mengalami masalah pernafasan. 

Risalah itu menyatakan, "Kemungkinan face mask boleh menyebabkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas dan meningkatkan risiko serangan strok haba." 

Selain itu, saluran udara yang sempit boleh menyebabkan tercekik terutamanya anak kecil yang muntah di sebalik face mask. 

Oleh kerana kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk dijangkiti koronavirus, lembaga Jepun mendapati bahawa golongan kanak-kanak tidak mempunyai alasan logik untuk menghadapi risiko yang ditimbulkan dengan memakai face mask itu sendiri. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2AbyV8Z
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3enV1nw
via IFTTT

Mulai esok penduduk Kelantan dibenarkan makan di dalam kedai atau restoran (ikut SOP)


Hasil keputusan dari Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Negeri pada 19 Mei lalu, penduduk Kelantan dibenarkan untuk makan di dalam kedai atau restoran bermula esok walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilaksanakan. 

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Jefny Muhammad bagaimanapun berkata, pihak peniaga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan semasa mengendalikan premis masing-masing. 

"Pematuhan ini seperti menyediakan cecair pembasmi kuman, penjarakkan sosial dan semua pekerja termasuklah pelanggan memakai pelitup muka," katanya. 

Selain itu, premis perniagaan hanya dibenarkan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 10 malam sahaja. 

Sebelum ini, kerajaan negeri hanya membenarkan kedai dan restoran makan beroperasi untuk pembelian secara bungkus sahaja. 

Sumber: Sinar Harian


from The Reporter https://ift.tt/2ZCEO9K
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2zwQoZp
via IFTTT

'Kepada yang terlibat dalam gambar ini, mohon maaflah secara terbuka sebelum terlambat'


24 Mei 2020, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar The First Breakfast vs The Last Supper yang mengundang pelbagai reaksi netizen terutamanya penganut agama Kristian. 

Disebabkan gambar itu, lelaki berkenaan diselar teruk sehingga dia terpaksa menarik balik gambar kontroversi itu dari Twitternya.

Walaupun begitu, netizen masih tidak berpuas hati kerana lelaki itu dikatakan tidak membuat sebarang permohonan maaf di atas tindakannya yang jelas sekali mempersendakan agama Kristian.


The Last Supper atau Santapan Terakhir dilukis oleh Leonardo  da Vinci, mengenai gambaran Jesus di majlis makan malam terakhir bersama dua belas pengikutnya sebelum disalib (menurut pandangan Kristian). Situasi pada santapan terakhir itu dianggap sebagai peristiwa penting dalam agama Kristian.

Turut menyuarakan rasa kesal, Abdul Aziz Isa yang meluahkan pandangan peribadinya melalui Facebook, semalam. 

BENDA macam inilah yang menyebabkan agama Islam dipandang serong oleh penganut agama lain. Seharusnya sebagai umat Islam, kalian harus menunjukkan keindahan Islam dengan menghormati sensitiviti agama lain. 

Apakah perasaan kamu jika penganut agama lain mempersendakan agama Islam? Bodoh jika anda tidak mempunyai perasaan marah, kan? Begitu juga dengan penganut agama lain. 

Bayangkan jika ada penganut agama lain mempersendakan Islam dengan menyerupai watak Nabi Muhammad s.a.w sama ada dalam bentuk karikatur, penulisan, persembahan teater dan drama atau apa cara sekalipun dengan niat memburuk-burukkan watak Nabi Muhammad s.a.w, semestinya anda akan marah, kan? 

Lebih dahsyat lagi, kamu akan membuat laporan polis dari Perlis sampai ke Sabah, malah membuat demonstrasi di hadapan Sogo! 

Tinggi pun pelajaran kamu sampai ke menara gading, jika tiada adab dan ketatasusilaan, maka sia-sia sahaja ibu bapa kamu menghabiskan duit. Akhirnya kamu menjadi graduan yang tiada akhlak, adab dan kesopanan. Apa guna ilmu setinggi langit jika tidak dihiasi dengan adab mulia? Kamu ingat kamu belajar setinggi langit adalah lesen untuk kamu memperlekehkan agama lain? Sungguh celaka dan hina perangai kalian. 

Lagi satu, kamu tahukah bahawa dalam gambar mural, "The Last Supper" yang dilukis oleh Leonardo da Vinci itu ada menunjukkan Jesus duduk di tengah bersama-sama dengan Twelve Apostles (al-Hawariyyun)? Kamu tahu kan? Jangan menipu kalau kamu pura-pura tidak tahu! Dan kamu tahukah bahawa gambar mural tersebut menceritakan tentang akan adanya pengkhianatan ke atas Jesus? 

Dan kamu tahu bahawa Jesus merupakan tuhan yang disembah oleh penganut agama Kristian, apabila kamu mengambil gambar dalam posisi tengah seolah-olah kamu membawa watak Jesus, apakah perasaan penganut agama Kristian? Kamu bukanlah tuhan yang disembah oleh penganut agama Kristian, bahkan sebagai umat Islam adalah haram hukumnya menyerupai agama lain!

Sepatutnya kamu harus ada sifat hormat-menghormati antara satu sama lain. Siapa kita untuk menganggap diri kita ini lebih agung dari penganut agama atau bangsa yang lain? Islam mengajar umatnya untuk meraikan perbezaan agama dan menghormati sesama manusia sejak 1,400 tahun yang lalu. Ianya juga telah difirmankan oleh Allah s.w.t dalam petikan Surah al-Hujuraat.

Allah s.wt. telah berfirman: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujuraat: 13)

Memang fahaman agama Islam dan Kristian sangat berbeza dari segi tauhid namun apakah kamu sewenang-wenangnya boleh mencerca sembahan agama mereka? Dalam Islam, menghina tuhan agama lain merupakan suatu hal yang sangat dilarang. Hal ini kerana ianya dapat menimbulkan kerosakkan dan fitnah yang besar. Bukan hanya bagi dirinya sendiri namun juga terhadap Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah al-An’am.

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Qs al-An’am: 108)

Jika kamu mencerca sembahan agama lain, maka lebih banyak cercaan yang akan dibalas kepada agama Islam. What goes around comes around. I’m a Muslim and grew up in a wonderful Christian family! Never once in my life ever thought to insult their religion! Belum pernah dalam hidup saya menghina dan mencerca sembahan agama datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara dan sepupu saya! Malah saya sentiasa meraikan bersama-sama mereka namun ianya tidak sekali mengugat iman saya sebagai seorang Muslim. Jauh sekali mempunyai niat untuk memperlekehkan dan mencerca agama Kristian!

Kepada kalian yang mengambil gambar ini, belajarlah menjadi seorang Muslim yang dihormati oleh bukan Muslim. Adalah seeloknya kalian membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada penganut agama Kristian sebelum anda dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Sesungguhnya perbuatan kalian memperlekehkan agama lain adalah satu perbuatan yang keji dan terkutuk. Bahkan berdosa besar di sisi agama Islam!

KALIAN MEMANG JIJIK, HINA DAN KURANG AJAR!

Respect is earned, not given!



from The Reporter https://ift.tt/2ZCxbAg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2LYEIBd
via IFTTT

Lelaki lari dari pusat kuarantin sebab nak makan mi, siap post gambar di Facebook


Sehingga ke hari ini, masih ada individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini termasuklah individu yang menjalani kuarantin cuba melarikan diri. 

Seorang lelaki di Sibu, Sarawak, dikuarantin selama 14 hari di sebuah hotel. Namun pada hari ketujuh kuarantin, lelaki itu berjaya melarikan diri.

Lapor Sin Chew Daily, lelaki berusia 27 tahun itu juga dipakaikan gelang (QR code) agar pihak berkuasa dapat memantau pergerakannya. 

Terdahulu, Kerajaan Sarawak menetapkan, mana-mana individu yang masuk ke negeri ini dikehendaki memakai gelang tangan khas tersebut dan menjalani kuarantin selama 14 hari. 

Dengan keputusan yang diwartakan itu, mereka yang didapati cuba menanggalkan gelang tangan khas tersebut dianggap melanggar undang-undang.

Dalam kes ini, lelaki terbabit menanggalkan gelang tangan khasa itu dan lari dari hotel menuju ke sebuah kedai makan untuk menikmati hidangan mi. Malah, dia turut memuat naik gambar hidangannya di Facebook dengan kapsyen, "Kuarintin days-7". 

Netizen mengecam tindakannya yang jelas sekali melanggar arahan kuarantin. Menyedari dirinya dikecam teruk di media sosial, lelaki itu kemudian menyerah diri di Balai Polis Sibu Jaya pada pagi 25 Mei 2020. 

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan kejadian itu dan akan kes itu akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. 



from The Reporter https://ift.tt/2WZUwKu
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3ekwKhU
via IFTTT

Anak 'ratah' mak sendiri ketika mabuk & khayal dadah

..

Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun atas kesalahan merogol ibu kandungnya sehingga menyebabkan pinggang mangsa patah. 

Mahkamah diberitahu bagaimana tertuduh yang tidak didedahkan identitinya itu, merogol mangsa sebanyak tiga kali yang ketika itu di bawah pengaruh dadah 'crystal meth'. 

Hakim menyifatkan jenayah itu jenayah yang terkutuk dan paling teruk sepanjang kerjayanya di bidang perundangan. 

"Orang yang berada di bawah pengaruhnya (dadah) cenderung melakukan kesalahan jenayah yang serius termasuk tindakan jahat, seperti (kes) yang saya kendalikan ini. 

"Sudah tentu bukan (dadah) metilamfetamin yang merogol ibu kamu, ia adalah kamu," kata hakim. 

Dalam kejadian yang berlaku pada November 2019, tertuduh pulang ke rumah dan merembat ibunya dengan batang paip PVC. 

Mangsa yang berusia 56 tahun terjatuh, kemudian rambutnya ditarik dan diseret oleh tertuduh ke bilik tidur di mana mangsa dirogol sebanyak tiga kali. 

Selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, tertuduh menolak mangsa dari katil dan terjatuh ke lantai sebelum beredar ke bilik lain untuk tidur, meninggalkan mangsa kesakitan sehingga pagi keesokan harinya. 

Sumber: Daily Star


from The Reporter https://ift.tt/2ZBAnfp
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3ek6nss
via IFTTT
loading...